Dato AC Mizal hadiahkan Mercedes Benz kepada anak lelaki sempena birthday ke-18

2,365 views

Sempena hari lahir anak lelakinya, Dato AC Mizal dan isteri, Datin Emylia Rosnaida telah memberi kejutan iaitu hadiah yang amat istimewa kepadanya.

Pengacara terkenal berkenaan telah muat naik satu video di laman media sosial Instagram miliknya yang mana dia dan isteri menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada anak terunanya bernama Muhammad Reeve Damien.

Sempena umur sudah masuk ke usia 18 tahun, Reeves Damien telah menerima hadiah kereta mewah jenis Mercedes Benz dari Dato AC Mizal dan Datin Emylia.

Reeves Damien yang lebih mesra di sapa dengan nama Damien memang bagaikan tidak percaya menerima hadiah yang amat bernilah berkenaan.

Sudah tentu ianya kereta yang menjadi idaman Damien. Dumur yang masih muda, dapatlah Damien melaram sakan terutama di hari raya pada tahun ini.

Tidak kira berapa umur mu, kamu sentiasa akan menjadi prince buat kami, Terimalah hadiah ini dari daddy dan juag mummy. We love you so much, study hard okey.” Itu caption yang ditulis oleh Datin Emylia Rosnaida.

Datin Emylia dilihat masih lagi sempat berpesan kepada Damien agar untuk terus fokus dan  belajar bersungguh-sungguh setelah anaknya itu menerima kereta idaman.

Melihat pemuda berkenaan menerima kereta Mercedes Benz, ramai rakan artis AC Mizal yang telah menulis ucapan tahniah kepada Damien di atas hadiah yang amat berharga berkenaan.

Antara komen yang dapat dilihat ialah dari Fauziah Nawi, Ifa Raziah, Ieda Moin, Sharifah Shahirah dan ramai lagi.

Syukur, nanti jangan lupa jaga mummy dan daddy tau.” Tulis Shiera Ijoy menitipkan pesanan kepada Damien.

Ini video penerimaan hadiah Reeves Damien ini. Jom layan.

@emyliadac7 dear @reevedamien You make each year brighter and you continue to illuminate our lives with your smile and your kind heart. i deserve it .. we love u so much #fyp #birthdaygift #love #birthday #son ♬ original sound – emyliadac

Memang hebat hadiah dari ibu bapa Reeve Damien iaitu Dato AC Mizal dan juag Datin Emylia Rosnaida kepada anak terunanya yang baru masuk 18 tahun pada tahun ini, tahniah diucapkan.