Kisah keakraban antara Abby Abadi dan Norman Hakim sekali lagi jadi topic netizen di luar sana. Memang ada yang memandang serong kerana hubungan mereka yang terlalu rapat malah sering bergurau gurauan.
Sehinggakan ada pula sesetengah netizen yang mula membuat andaian bahawa Abby Abadi ni masih lagi ada hati dengan bekas suaminya itu.
Abby Abadi sebelum ini ada muatnaik komennya yang mengatakan bahawa semua yang dilakukan itu untuk anak-anak mereka. Abby meminta semua untuk membersihkan hati masing-masing kerana ini merupakan hal yang baik.
Selain Abby, tumpuan juga diberikan kepada suaminya iaitu Jai Ezzany. Menerusi laporan Mstar, Jai akhirnya tampil memberi pendapatnya tentang hal ini.
Jai atau nama penuhnya Faizal Zakaria memberitahu, hubungan antara Abby dan Norman itu okey dan tak melangkaui batasan malahan dia pun tak ada terasa hati.
“Kami di dalam circle ini tahu apa yang terjadi. Kalau ada gurauan di antara Abby dan Norman, itu adalah perkara yang normal. Saya pun tak ada rasa cemburu.”
“Orang yang komen itu hanya nak perhatian. Saya dan Abby hanya tersenyum saja apabila membaca komen sedemikian.”
“Kalau asyik nak fikirkan komen dari netizen ini maka ianya tak akan selesai. Jadi biar saja mereka nak berkata-kata. Bukan senang nak tutup mulut orang.”
“Mereka berdua iaitu Abby dan Norman dah lama berpisah. Oleh itu, ada baiknya sekarang ini kita fokuskan kepada masa depan anak-anak.”
Jai Ezzany menambah, dia akui, hubungan yang baik antara Abby dan juga Norman adalah demi anak-anak.
“Saya tak nak Abby dan Norman bermasam muka sebab perpisahan mereka boleh beri kesan yang tak baik kepada anak-anak. Oleh itu, jika boleh, janganlah ada sikap membenci dalam diri anak-anak tu.”
“Rumah tangga kami tak ada rahsia. Abby akan ceriat semuanya jika dia mahu keluar bersama Norman dan Memey. Saya tak ada isu pun jika mereka mahu luangkan waktu bersama. Kami juga selalu pergi bercuti sama-sama.”
Itulah komen yang amat matang dari Jai Ezzany tentang hubungan isterinya iaitu Abby Abadi dengan Norman Hakim dan juga Memey Suhaiza.