“Tak usah pertikai, itu hak ibu bapa” Siti Nurhaliza minta hormati pilihan ibu bapa

3,611 views

Sebagai seorang ibu, Siti Nurhaliza memilih untuk tidak menyorokkan wajah anak-anaknya. Untuk anak keduanya, Siti Nurhaliza sudah pun mendedahkan dan tayang wajah baby Afwa seawal usianya baru mencecah seminggu.

Berceita tentang kisah ada selebriti yang masih mengambil pendekatan untuk tidak tayang wajah baby mereka, kata Siti, itu merupakan hak mereka.

Siti percaya hak itu milik ibu bapa dan tak perlu nak persoalkannya. Apatah lagi para netizen dan orang luar, tak perlu lah nak campur tangan berkenaan hal berkenaan.

“Usahlah nak pertikaikan kenapa ada selebriti tak mahu nak mendedahkan wajah baby mereka.”

“Bagi saya, ianya bergantung dan terpulang sepenuhnya kepada ibu bapa baby berkenaan. Mereka pastinya ada alasan yang tersendiri. Semua orang ada pendangan serta pilihan nak tayang wajah anak atau pun tak.”

“Saya sentiasa hormati pendirian semua orang. Saya juga pernah buat pilihan untuk tak tayang secara keterlaluan anak saya sebelum ini.”

Jelas Siti, kelak akan tiba juga masanya, ibu bapa untuk tayang wajah anak mereka.

“Akan tiba masanya nanti, mereka akan tunjuk juga wajah anak. Oleh itu, tak perlukan kita nak pertikai apa-apa pun sebabnya mereka tahu apa yang mahu dilakukan.”

Itulah pandangan peribadi dari Datuk Seri Siti Nurhaliza tentang isu ini.

Kisah tentang menutup wajah anak ini ada dibicara oleh beberapa penceramah yang mengatakan, ianya ada kaitan dengan isu boleh terkena ain.

kalau ikutkan sebelum ini, instafamous yang juga usahawan iaitu Kak KM atau Liana Rosli berkata, dia rimas dengan ibu bapa dari golongan selebriti yang nak tayang anak tetapi tutup wajah baby itu.

Sebelum ini, antara selebriti yang memilih tak tayang wajah anak ialah Neelofa dan juga Elly Mazlein. Sehinggalah hari ini, anak Neelofa iaitu baby Bilal antara baby yang paling ditunggu para netizen untuk menatap wajahnya.