“10 tahun anak-anak tak jenguk bapanya” Ini pendedahan Raja Ilya

3,570 views

Pelakon Raja Ilya ada meluahkan rasa bimbang dengan keadaan kesihatan bapa saudaranya.

Dari satu laporan Mstar, bapa saudara Raja Ilya kini dalam keadaan yang tenat. Hal ini turut disahkan oleh salah seorang staff yang menjaga bapa saudaranya itu.

Oleh itu, Raja Ilya meminta sangat agar anak-anak kepada bapa saudaranya itu pulang dan kembali menjenguk bapanya itu.

Ini caption dari Raja Ilya: “Salam, kepada family serta anak anak Pak cik Abdul Rahman, Ilya meminta simpati untuk pergi ziarah. Sebabnya keadaan pakcik Rahman telah merosot, Ilya harap juga semua dapat doa untuk pakcik Rahman sembuh.

Raja Ilya mendedahkan bahawa bapa saudaranya iaitu Abdul Rahman Yunus dah lama tak berjumpa dengan keluarganya.

Abdul Rahman yang kini berumur 70 tahun, tinggal bersendirian selama lebih kurang 40 tahun di Hospital Tanjung Rambutan, Ipoh, Perak.

Bapa saudara Raja Ilya dikatakan mempunyai isu kesihatan iaitu bipolar.

“Pak cik saya ni kini sedang tenat dan family dia dah lebih 10 tahun tak ada datang ziarah dia di Hospital Tanjung Rambutan.”

“Dia tinggal di hospital Tanjung Rambutan ni sejak 40 tahun lepas. Ketika itu dia disahkan ada masalah mental, bipolar. Tapi kalau ikutkan dia belumlah teruk sangat malah masih dapat menguruskan diri.”

Raja Ilya memberitahu dia terpaksa muatnaik video meminta anak-anak kepada bapa saudaranya itu untuk melawat sebab dah gagal mencari mereka sebelum ini.

“Saya dah try cari family dan anak-anaknya tapi gagal tak berjaya. Last saya rayu anak-anak dia tengok 10 tahun lepas. Ada sekali datang tapi lepas tu hilang lagi.”

Raja Ilya menerima khabar berkenaan setelah dihubungi oleh ibunya yang memaklumkan hal berkenaan

Bapa saudaranya itu ada dua orang anak dan harap dapatlah berjumpa dengan pakcik Abdul Rahman sebelum terlambat.

“Kesihatan pakcik saya merosot dan paras oksigen menurun, ianya sebab jangkitan kuman di bahagian paru-paru.”

“Selama ini memang keluarga saya saja ada untuk dia. Harap anak-anak dia sempat datang tengok ayah kandung mereka buat kali terakhir.”

Itulah kisahnya tentang bapa saudara pelakon ini. Untuk info, Raja Ilya kini menetap di Australia bersama suaminya dan sedang mengandung anak pertama.