Individu dah mengaku buat, minta maaf pada Ustaz Kazim Elias

3,850 views

Penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias kini diketahui sedang alami sakit yang tidak diketahui apa puncanya.

Ramai tertanya sama ada ini merupakan ilmu hitam yang telah dilakukan ke atas Ustaz Kazim.

Menjawab pertanyaan ini, akhirnya Ustaz Kazim akui memang ada yang telah datang dan mengaku.

Jelas Ustaz Kazim, ada seorang individu ada datang dan minta maaf kepadanya setelah melihat apa yang Ustaz Kazim kena ketika ini.

Penceramah ii bercerita lagi, individu yang meminta maaf itu merupakan orang suruhan kepada orang lain yang telah hantar ilmu hitam berkenaan kepada Ustaz Kazim.

“Semasa saya tidak sihat ini, memang ada orang datang untuk berjumpa saya, kemudian dia minta maaf. Individu itu cakap, dia hanya disuruh buat benda-benda berkenaan, kini saya pun dah maafkan dia.”

Tentang siapa yang menyuruh orang itu buat perbuatan berkenaan, Ustaz Kazim tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut.

“Saya tak ada tanya kat dia, siapa yang suruh dia buat dan hantar benda itu sebab saya tak nak nanti bila bertemu dengan orang itu, saya pula akan naik angin padanya.”

 Bagi Ustaz Kazim dia kini lebih fokus untuk menyembuhkan segala apa yang dia kena dan mahu sihat semula.

“Saya tak nak tuduh orang ini buat, orang itu buat. Itu pun tidak bagus. Sebenarnya kini saya lebih pentingkan kesembuhan saya dan semuanya dengan izin dari Illahi.”

Ustaz Kazim juga akui, kerana keadaan fizikal dan kulit ketika ini, dia memang agak kurang yakin dengan diri sendiri terutama untuk bertemu dengan orang ramai.

“Saya rasa tidak boleh berdepan dengan orang ramai. Tapi saya kena lawan juga dan mahu sihat sebab kerja dakwah saya masih lagi panjang. Semoga saya sembuh.” dan saya tidak mahu perkara itu berlaku.

“Saya kena lawan dan kena sihat sebab kerja-kerja dakwah masih panjang, masih ramai perlukan dakwah. Saya mohon doa semua rakyat Malaysia agar saya diberikan kesembuhan,”

Itulah perkembangan terkini tentang penceramah terkenal Ustaz Kazim Elias.