Amar Asyraf dah kahwin lagi, buat kali ketiga?

2,711 views

Semua dah tahu tentang kisah pelakon Amar Asyraf yang disahkan sudah berpisah dengan talak tiga ke atas isteri keduanya bernama Vivy Jeffry di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Setelah lebih kurang tiga tahun hubungan mereka tergantung, kini ikatakan mereka disahkan sudah tiada lagi.

Belum pun habis tentang berita pengesahan talak tiga Amar Asyraf dan Vivy Jeffry, kini ada satu lagi berita terbaru tentang pelakon ini.

Menerusi satu laporan dari Harian Metro, desas desus kuat mengatakan bahawa pelakon berkenaan kini telahpun berkahwin seoraang lagi.

Dari artikel Harian Metro itu, ada dakwaan mengatakan Amar Asyraf telah bernikah dengan seorang wanita bernama Farhana Yusof. Jika hal ini benar, ini merupakan perkahwinan ketiga buat Amar Asyraf.

Dikatakan ada gambar menunjukkan Amar bersama-sama wanita berkenaan sekitar bulan mac lalu dengan memakai pakaian sedondon berwarna putih.

Kemudian ada juga satu lagi gambar lain di Instagram milik adik beradik Farhana yang mana wanita ini dilihat bersama Amar Asyraf bergambar beraya bersa,a.

Ianya dipercayai ketika sambutan hari raya Aidil Fitri pada tahun ini.

Dalam gambar, Amar dilihat berada sebelah Farhana dan jelas juga kedua-dua anaknya hasil perkahwinan dengan isteri pertama iaitu Arna Salleh turut ada dalam gambar.

Dari laporan berkenaan juga, Amar Asyrah dikatakan telah follow akaun Farhana dan begitu juga dengan Farhana yang telah berbuat demikian. Mereka berdua juga dikatakan ada menjalan perniagaan bersama-sama.

Namun begitu sehingga kini, usaha pihak media untuk mendapatkan kenyataan serta penjelasan dari pihak Amar Asyraf masih lagi belum dibalas.

Sebelum ini Amar mendirikan rumah tangga denganistero pertama bernama Arna Salleh dan mempunyai dua orang anak. Amar Asyraf kemudian berkahwin dengan Vivy Jeffry dan kini disahkan berpisah dengan talak tiga, mereka mempunyai seorang cahaya mata.