Dah jelas sangat dah, isteri Haqiem Rusli tayang baby bump

2,736 views

Sudah hampir 6 bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi remaja yang amat popular iaitu Haqiem Rusli dan isterinya Anis Sofea kini sedang bercuti honeymoon.

Haqiem Rusli dan isteri telah memilih negara Turki sebagai destinasi percutian bulan madu mereka berdua.

Seperti biasa, sebagai public figure yang terkenal, sudah tentu Haqiem Rusli akan muatnaik foto percutiannya itu kepada umum.

Namun ada sesuatu yang telah membuatkan ramai netizen dan peminat yang tertumpu kepada Anis Sofea.

Ianya ada kaitan denga isu yang pernah tular sebelum ini iaitu isu Anis Sofea hamil. Ini kerana penampakkan seakan Anis Sofea dilihat sudah ada baby bump dalam sekeping gambar ketika bercuti di negara berkenaan.

Di gambar berkenaan, Anis yang kini berumur 20 tahun, memakai pakaian putih dan berdiri bersama suaminya itu.

Latarbelakang kawasan berkenaan memang cantik, ada bukit jenis batu di disyaki di Cappadocia, Turki.

Caption yang ditulis oleh Anis ialah: “Kita sayang awak.”

Yang jadi bualan ialah kelihatan seakan Anis sudah ada baby bump iaitu seperti dia kini dah pun mengandung.

Dek kerana itu, apa lagi, ramai lah peminat dan netizen yang komen mengatakan dah nampak baby bump.

Jom baca antara komen dari netizen tentang bentuk perutnya itu.

“Wah dah nampak baby bump jelas sangat dah ni.”

“Ini bukannya buncitni. Tidak padan langsung kalau orang lawa seperti Anis perut camtu. Syukur alhamdulillah, tahniah.”

“Kalau betul Anis dah hamil alhamdulillah. Tapi kalau sebabbuncit, Anis kena start pakai bengkung. Kalau tidak sentiasalah dapat komen pasal baby bump.”

Untuk info, Haqiem Rusli dan Anis Sofea mendirikan rumah tangga dalam satu majlis nikah yang berlangsung di sebuah masjid di Cyberjaya pada bulan November 2021.