“Kami dah lalui, tak best” Shila Amzah tolak jalin semula hubungan dengan Sharnaaz

1,847 views

Kini dah masuk empat bulan Shila Amzah bergelar ibu tunggal. Seperti biasa bila dah kembali single dah tentu akan ada suara yang cuba nak mengusik.

Apatah lagi jika seseornag itu mempunyai sejarah hubungan dengan individu lain.

Sudah tentu semua pun tahu tentang kisah sejarah hubungan antara Shila Amzah dan juga pelakon Sharnaaz Ahmad.

Penyanyi berumur 32 tahun ini sebenarnya tak berapa kisah dengan usikan berkenaan dan mengatakan dia dan Sharnaaz baik-baik saja, namun hubungan hanya sebagai kawan.

Secara terus terang, Shila Amzah memberitahu, dia tak dapat nak bayangkan untuk kembali jalinkan hubungan dengan Sharnaaz.

“Saya dan juga Sharnaaz dah lalui jalan ini iaitu hubungan kami, dan kami memang tak gembira ketika in a relationship. Kini saya tak nampak cara untuk teruskan atau menyambung kembali hubungan yang kita dah tahu jalan tu memang tak best.”

“Namun secara peribadinya saya tak ada sebarang isu dengan dia sekarang ni. Cuma bagi saya, memang akan ada rasa tak selesa jika nak bekerjasama, dan saya tak mahu netizen cakap benda yang tak perlu kot.”

“Apapun, semoga orang di luar sana akan sentiasa doakan yang baik-baik kebahagiaan kami masing-masing. Saya cari kebahagiaan saya, dia pun ada kebahagiaan dia.”

Itulah komen dari Shila Amzah apabila ditanya tentang hubungan dengan Sharnaaz Ahmad.

Tentang jika dia akan jalani sebarang perhubungan ketika ini, Shila memberitahu, dia tak pernah nak tutup pintu hatinya untuk mencari pasangan selepas ini.

“Jalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal ni bukanlah satu hal yang mudah. Apapun saya yakin ini bukan titik pengakhiran bahkan ini satu fasa yang indah untuk hidup saya.”

“Apapun saya tak pernah tutup hati saya. Malah saya tak ada cakap dah tak nak ada relationship. Saya rasa agak keterlaluan.”

“Kalau ada jodoh yang baik untuk saya, sudah tentu akan terima, tapi bukan masa terdekat ini.”

Itulah komen dari Shila Amzah tentang kisah hidupnya ketika ini.