“Terperanjat tengok, kenapa sampai macam ni” Sarah Hildebrand dilihat tak pakai baju

3,751 views

Sebelum ini, pelakon Sarah Hildebrand telah membuat pengumuman bahawa dia telahpun bersara dari industry seni. Sarah tidak lagi mahu menerima sebarang tawaran berlakon ketika ini.

Setelah menutup pitu sebagai pelakon, Sarah Hildebrand seringkali dilihat muatnaik gambar terkininya di laman media sosial.

Antara aktiviti yang sedang dia lakukan ketika ini ialah bersenam dan work out.

Namun, kerana seringkali tayang tubuh, ada komen yang kurang enak diberikan kepada pelakon berumur 32 tahun ini.

Panggilan dengan nama yang tidak sedap didengar membuatkan pelakon ini rasa tersentak dan akhirnya mengambil keputusan untuk tinggalkan negara Malaysia.

Sarah Hildebrand ada muatnaik posting menyatakan dia tak mahu kembali atau pulang ke Malaysia kerana mempunyai ramai orang yang membuatkan dirinya kurang senang, anatara contoh ialah mereka yang sering memberi komen tak baik kepadanya.

Kini dikatakan Sarah Hildebrand sedang berada di Amerika Syarikat, iaitu tempat kelahiran bapanya dan juga suaminya Otto Gillen.

Tidak lagi berada di Malaysia, foto terbaru dari Sarah Hildebrand ternyata membuat netizen terbeliak biji mata.

Sarah muatnaik foto hanya memakai pakaian dalam saja, langsung tidak berbaju.

Caption yang di tulis oleh Sarah ialah: “Feeling appreciated is much appreciated.”

Melihat gambar berkenaan, banyak respon yang diterima, ada yang memuji kecantikkan tubuhnya, dan ada yang menepuk dahi dan beristifar melihat sampai begitu Sarah Hildebrand tayang tubuhnya.

Malah ada juga netizen yang terus bertanya sama ada Sarah Hildebrand dah tukar agamayang dianutinya.

“Sarah, awak hanya pindah negara bukannya pindah agama kan. Sila ketahui had limit.”

Sarah Hildebrand kemudian memberitahu apapun yang berlaku dia tetap seorang muslimah.

“Saya dilahirkan dan diajar sebagai seorang muslim dan saya akan sentiasa seorang musliamh sampai ke akhir hayat.”

Ini antara komen dari netizen tentang foto Sarah Hildebrand itu.

Sarah Hildebrand, 32 tahun, kini dikatakan tinggal di Amerika Syarikat.