“Suami muda, jangan macam kuda, kan dah masuk hospital” Komen sesetengah netizen

3,004 views

Semua kini sedang mendoakan pelakon Jasmin Hamid yang telah dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung.

Sehingga kini, Jasmin Hamid masih lagi menerima rawatan di unit jantung di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Di hari ketiga Jasmin Hamid masuk hospital ini, pelakon ini dan suaminya iaitu Nazmir telah diduga dengan komen kurang bernas dari sesetengah pihak.

Komen yang ditulis ialah tentang hubungan bersama suami isteri antara Jasmin Hamid dan suaminya itu, kononnya menjadi sebab kenapa Jasmin Hamid terkena masalah jantung.

Dengan usia yang muda, rata-rata cuba memperlekehkan dengan menulis komen kononnya Jasmin Hamid tak dapat nak melayan suaminya yang muda itu sehingga masuk hospital.

Melihat ada beberapa komen sedemikian rupa, Nazmir, 35 tahun, yang juga merupakan pengurus kepada Jasmin Hamid, 48 tahun, meminta agar semua dapat hentikan komen seperti itu.

Ini komen dari suami kepada Jasmin Hamid.

“Saya bernikah dengan Jasmin sebabnya kerana Allah. Terima kasih kepada kalian yang bercakap tak baik tentang saya dan isteri yang kini masih lagi di CCU kerana masalah jantung.”

“Harfapnya dapat hentikan komen sebegini kerana takut bila Jasmin nanyi terbaca, akan bertambah pula sakitnya.”

“Jika dah tak suka sangat dengan kami, silalah abaikan saja kami ni.”

Itu kenyataan dari Nazmir kepada sesetengah orang yang suka menulis komen kotor tentang hubungan suami isteri menjadi punca Jasmin jatuhsakit.

Ini antara komen kurang baik kepada Jasmin Hamid dan suaminya itu.

“Kahwin dengan pucuk muda sampai kena jantung. Suami kenalah tenang-tenang jangan nak macam kuda, kan dah masuk hospital.”

Diimbas kembali, Jasmin Hamid dan Nazmir telah berkahwin pada bulan November tahun 2021, yang mana Nazmir merupakan pembantu peribadi kepada Jasmin.