“Ramai ingat dia janda” Terbongkar akhirnya kisah sebenar janda jadi pengapit

1,733 views

Sebelum telah menjadi bualan ramai tentang satu video menunjukkan seorang wanita dikatakan janda kepada pengantin lelaki yang hadir menjadi pengapit di perkahwinan bekasnya itu.

Video ini tular kerana ramai yang melihat betapa sempoi sikap janda berkenaan yang hadir dan sanggup jadi pengapit kepada pasangan pengantin berkenaan.

Pengantin tersebut bernama Taufik dan Shahila, manakal wanita yang dikatakan janda itu bernama Amell.

Video ini dimuatnaik oleg pengantin perempuan iaitu Shahila. Captionnya ialah: “Tetap bersanding bersama sungguhpun jandamu jadi pengapit isterimu.

Menjawab cerita berkenaan, melalui laporan portal Mstar, Shahila akui memang benar Amell telah menjadi pengapitnya.

“Betul kisah tentang Amell yang jadi pengapit saya semasa hari perkahwinan itu. Akan tetapi sebenarnya, Amell ni bukanlah janda yang orang ingatkan.”

“Suami saya tak pernah berkahwin dengan Amell pun. Saya panggil Amell sebagai janda sebab dia merupakan bekas kekasih suami. Zaman kini memang ramai yang label bekas kekasih mereka konon-konon janda.”

Jelas Shahila, Amell sebelum ini pernah mengganggu hubungannya dengan Taufik. Namun akhirnya hubungan Taufik dan Amell berakhir.

Taufik memilih untuk menghalalkan hubungan dengan Shahila.

Ketika mahu berkahwin, Shahila dan Taufik lantas memberitahu hal berkenaan kepada Amell dan Amell pun undur diri.

“Saya dah jalin hubungan dengan suami lebih 12 tahun, kemudian Amell hadir sebagai orang ketiga.”

“Pada tahun 2019, Taufik nak serius dengan saya, maka saya hubungi Amell agar henti jumpa dengan Taufik.”

Setelah Shahila hubungani Amell, hubungan mereka tiba-tiba jadi baik pula, sehinggakan Amell setuju jadi pengapit kepada Shahila.

“Hubungan antara kami bertiga baik sampai sekarang. Saya mula kenal dengan Amell lebih rapat, rupanya perangai dia okey.”

Tentang video yang dimuatnaik, Shahila turut meminta kebenaran dari Amell untuk post video tersebut dan tak sangka menerima begitu banyak views.