Syamsul Yusof nak nikahi Ira Kazar, Datuk Yusof Haslam harap ia tak akan terjadi

13,314 views

Ini cerita tentang kisah Syamsul Yusof dan perkahwinannya. Ada kata-kata yang kuat mengatakan bahaa pengarah ini akan berkahwin dengan wanita bernama Ira Kazar tak lama lagi.

Ura-ura ini telah disampaikan kepada bapanya iaitu pengarah lagenda, Datuk Yusof Haslam.

Setelah ditanya tentang adakah perkahwinan akan bakal berlangsung antara Syamsul dan Ira, Yusof Haslam berkata dia pun tak mengetahuinya.

Namun begitu, Yusof Haslam secara berterus terang berharap perkahwinan berkenaan tidak akan terjadi.

“Jujurnya, saya pun tak tahu menahu tentang hal ini dan saya terkejut juga apabila mendengar cerita berkenaan, oleh itu saya ni malas nak komen dengan lebih lanjut.”

“Buat masa sekarang, perkara ini masih lagi belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen. Apapun saya memang harap sangat ia nya tak akan terjadi.”

Datuk Yusof Haslam berkata sedemikian dalam satu temubual dengan portal Mstar.

Selain itu, bagi Yusof Haslam dia lebih mementingkan keadaan cucu dan juga menantunya iaitu Puteri Sarah Liyana.

Malah Yusof Haslam amat risau sekiranya berita ini akan membuat emosi cucu serta menantunya boleh terjejas.

“Saya hanya dapat mendoakan yang terbaik. Saya pun kasihan dengan menantu saya, Puteri Sarah, jika cerita ini terus diperkatakan. Saya harap semua dapatlah faham.”

Itulah jawapan dari Datuk Yusof Haslam tentang isu yang mengatakan bahawa Syamsul Yusof akan menikahi Ira Kazar tak lama lagi.

Untuk info, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan sehingga kini mereka mempunyai dua orang anak.

Hubungan antara Datuk Yusof Haslam, serta isteri Datin Fatimah dengan menantunya iaitu Puteri Sarah Liyana memang dilihat amat baik sekali, malah baru-baru ini, mereka turut hadir dan menghantar Puteri Sarah sekeluarga di airport ketika menunaikan umrah.