Ini kenyataan Zara Zya tentang hubungan dengan Shuib Sepahtu

8,914 views

Ramai yang tertanya tentang posting antara dua selebriti terkenal iaitu Shuib Sepahtu dan juga Zara Zya.

Shuib dilihat agak mesra dengan Zara Zya sehingga pertemuan mereka baru-baru ini, Shuib siap menghantar Zara Zya ke kereta lagi.

Sebenarnya memang jarang sekali Shuib muatnaik sebarang posting tentang wanita lain, dan apabila gambar Zara Zya dimuatnaik, dah tentu ramai yang tertanya.

Dilihat pada komen serta respon netizen, memang ramai yang menyokong dan seakan suka dengan hubungan antara dia selebriti yang berstatus single ini.

Dikatakan mereka berdua ni secocok, sama popular dan mempunyai minat yang sama dalam bidang perniagaan.

Menjawab komen dari netizen yang mahu tahu hubungan antara mereka berdua, akhirnya Zara tampil memberi kenyataan.

Zara Zya memberitahu dia dan Shuib Sepahtu hanyalah sahabat saja, dah lama berkawan.

Perjumpaan antara dia dan Shuib tempoh hari adalah lebih kepada kerja.

“Orang luar dan netizen ni memang champion la kalau bab nak jodohkan orang lain. Memang laju mereka ni buat kerja. Mana ada saya jalin hubungan dengan Shuib, tak de lah.”

“Kami jumpa hari tu pun kerana kami ada urusan yang perlu dibincangkan. Kami bukan bercinta atau keluar dating ke apa.”

Itu jawapan serta kenyataan dari Zara Zya tentang hubungannya dengan Shuib.

Tidak diketahui apakah perbincangan kerja yang dibuat antara Shuib dan Zara Zya, dan ramai beranggap, ini mungkin bincang untuk buka outlet air minuman Shuib iaitu Bubble Bee.

Diimbas kembali, sebelum ini ramai yang gembira dan setuju sekiranya Shuib dan Zara menjalin hubungan dan mengenali dengan lebih rapat.

“Kalau mereka berdua ni, memang saya setuju. Kasi jadilah Shuib Sepahtu dengan Zara Zya ni, kami setuju. Kamu berdua nampak serasi dan secocok sangat dah ni.”