Anak pelakon ini bukan saja cantik tapi bijak dan sukses, kini lecturer di universiti Korea Selatan

3,504 views

Antara pelakon yang dah lama mewarnai kaca televisyen ialah Zulkifli Ismail. Sering tampil dalam begitu banyak drama-drama dan puluhan filem, sudah tentu ramai yang kenal dan mengingati wajah pelakon ini.

Sudah berumur 59 tahun, kini Zulkifli Ismail dah mempunyai dua orang anak yang sudah dewasa.

Salah seorang anak kepada actor ini bernama Dr Zulfati Izazi Zulkifli, seorang wanita yang bukan saja cantik tetapi bijak dan amat berjaya.

Di umur yang masih muda, anak kepada Zulkifli ini sudah berjaya graduate dan memiliki PhD.

Wanita berumur 30 tahun ini mempunyai ijazah doktor falsafah dalam bidang linguistic.

Dr Zulfati Izazi mulanya belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial, Linguistik.

Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana pula di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Pengajian Bahasa dari tahun 2015 sehinggalah ke tahun 2017 sebelum menimba pengalaman dengan bekerja.

“Beberapa bulan bekerja sebagai seorang pembantu penyelidik di Universiti Malaya pada tahun 2017, saya kemudian mendaftar sebagai pelajar ijazah doktor falsafah dalam bidang linguistik di USM dan telah tamat pengajian pada awal tahun 2021.”

“Kini saya sedang berkhidmat sebagai lecturer di Hankuk University of Foreign Studies di Korea Selatan. Saya ajar kursus-kursus Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar ijazah sarjana muda di Korea.”

Dr Zulfati Izazi akui dirinya amat meminati bidang linguistic.

“Saya sedar bahawa minat saya terhadap bahasa sebenarnya telah mula mendalam sejak saya kecil lagi. Saya selalu nak belajar tentang bahasa, sebab itu saya buat keputusan untuk mendalami ilmu tentang bahasa melalui bidang linguistik.”

Bijak belajar, beliau menghabiskan masa selama 9 tahun untuk mencapai PhD dari ijazah sarjana muda.

Bercerita tentang ibu bapanya, Dr Zulfati Izazi memberitahu mereka berdua sentiasa menyokongnya.

“Ibu bapa saya tak tegas pun untuk dapat keputusan peperiksaan. Mereka sangat menyokong saya, bagi mereka ini semua satu proses pembelajaran.”

“Pendekatan mereka ini membuatkan saya rasa lebih terdorong untuk terus belajar dan menerokai minat saya.”

Selain itu, anak kepada Zulkifli Ismail ini baru saja melangsungkan perkahwinannya, juga dengan seorang lepasan doktor falsafah.

Tahniah diucapkan buat actor Zulkifli Ismail kerana mempuanyai anak seperti Dr Zulfati Izazi, wanita yang cantik, bijak dan berjaya.