Shahir Zawawi tunang Julai ni, akhirnya ini pendedahan Erra Fazira

3,337 views

Penyanyi Shahir Zawawi mengumumkan akan akhiri zaman solonya tak lama lagi.

Bekas juara Akademi Fantasia ini akan bertunang pada bulan Julai ini dan akan berkahwin tak lama lagi.

Berita tentang Shahir sudah menemui bakal isteri, sudah tentu turut membuatkan ramai nak tahu apa pula respon dari bekas kekasih hatinya iaitu pelakon dan penyanyi terkenal Erra Fazira.

Melalui satu temubual dengan pihak media, Erra Fazira, 48 tahun, mendedahkan dia dah tahu awal tentang perancangan Shahir nak berkahwin itu.

“Saya ada menghubunginya dan tanya sendiri pada Shahir, selepas saya terdengar tentang khabar dia nak kahwin. Hal ini sebelum pihak media tahu lagi, saya dah tanya dia dulu. Selepas itu dia cerita dan kemudian barulah semua pihak media tahu dan laporan tentangnya di keluarkan.”

“Shahir dah ceritakan semuanya pada saya. Dan dah tentu saya juga teruja mendengarnya.”

“Bagi saya, Shahir memang dah bersedia sangat. Saya ucapkan tahniah kepadanya. Saya doakan semoga ini perkahwinan pertama dan juga yang terakhir buat dirinya.”

Tentang hubungan dengan Shahir, Erra berkata dia tak ada pun nak memusuhi sesiapapun.

“Kini saya masih maintain dan kekalkan hubungan baik dengan semua rakan-rakan. Sesiapa pun saya mahu dan nak berkawan, walaupun tak ada jodoh, kami tak bermusuh. Bila dengar berita yang baik, dah tentu kita pun turut gembira buat mereka.”

Tentang jodoh, Erra Fazira menyatakan dia kini masih dalam phase memilih dan mencari calon yang sesuai dan tepat untuk dirinya.

“Nak cari jodoh tu bukan senang, bukan mudah. Malah ada tanya diri sendiri perlukah cari jodoh ni. Kalau berjodoh buat diri tak tenang, apa faedahnya.”

“Dalam keadaan sekarang saya lebih tenang sebab dapat fokus pada kerja saya. Status sekarang sedang semak borang, (memilih calon). Saya minta orang doakan jodoh untuk saya.”

Itulah komen dari Erra Fazira tentang perancangan kahwin Shahir Zawawi.