“Dah jelas sangat dah tu baby bump” Heliza Helmi kini hamil?

10,873 views

Antara pasangan yang berkahwin secara tiba-tiba tanpa diketahui ada hubungan ialah pasangan Heliza Helmi dan suaminya ahli perniagaan bernama Dato Sri Mahadi.

Perkahwinan mereka telah berlangsung pada bulan Januari tahun 2022 dan sejak itu pasangan ini terus jadi tumpuan pihak media dan juga orang ramai.

Kini setelah enam bulan mendirikan rumah tangga, ramai netizen melihat sesuatu perubahan kepada Heliza.

Perubahan yang dimaksudkan ialah kelihatan bagai sudah ada baby bump sekali gus membuat peminat memberi anggapan penyanyi ni kini sedang hamil.

Ada beberapa video yang dimuatnaik oleh Heliza Helmi yang memang dah nampak baby bump.

Paling latest ialah video yang dimuat naik oleh suami Heliza Helmi ketika membuat iklan untuk satu jenama sabun pencuci.

Di video berkenaan Mahadi berlakon konon-konon sedang bermain badminton dan kemudian isterinya, Heliza datang membawa kipas mini, untuk mengipasnya.

Ini tulis caption dari Mahadi: “Tengah main tenis pun boleh ada orang masuk untuk kipaskan. Siapa pemain, siapa pengipas.

Video itu jelas dah nampak baby bump Heliza Helmi dan kemudian banyaklah peminat yang hadir memebri komen.

“Wah dah nampak dah baby bump dia, tahniah.” Ini antara komen dari orang ramai.

“Macam dah pregnant je tu. Dah nampak sangat dah belly tu. Jikalau betul Alhamdulillah namaun jikalau salah maafkan lah saya ye.”

Jom baca beberapa komen lain.

Sehingga kini, belum lagi kenyataan atau statement rasmi dari Heliza Helmi mahupun dari Mahadi tentang pengesahan kehamilan sulung buat Heliza Helmi ini. Kita tunggu saja kenyataan dari pihak mereka kelak.

Untuk info semua, Heliza Helmi, 36 tahun, dan Dato Seri Mahadi, 39 tahun, telah bernikah dan sah bergelar sebagai pasangan suami isteri pada tarikh 1 Januari 2022.