“Menjerit jerit dalam flight”

2,127 views

Penyanyi berstatus lagenda, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah bercerita satu pengalaman membawa kedua-dua cahaya matanya berjalan-jalan baru-baru ini.

Apa yang menarik tentang pengalaman ini, Siti Nurhaliza mendedahkan dia hanya bersama dengan dua anaknya saja iaitu, Siti Aafiyah dan Mohd Afwa.

Mereka menaiki kapal terbang tanpa ditemani suaminya, iaitu ahli perniagaan Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa.

Kata penyanyi ini, suaminya tiba-tiba ada satu urusan kecemasan di saat akhir, sekaligus tidak dapat turut bersamanya dan juga anak-anak.

Ini merupakan kali pertama Siti Nurhaliza membawa anak kedua iaitu Afwa untuk jalan jauh naik flight.

Dari gambar yang dimuatnaik, Siti Nurhaliza sekeluarga bercuti di Dubai.

“Semalam ibu first time membawa anak kedua, Afwa bercuti jauh sekali. Last minutes, ayah pula ada hal urget, tiba-tiba, oleh itu akan datang lambat.”

“Sebenarnya kakak-kakak pengasuh ada ikut tetapi di dalam flight ibulah yang kena menjaga dua anak ni, sorang diri juga. Berseorangan untuk handle Afwa dan Aafiyah sebab duduk tempat yang lain. Ibu tawakal.”

Siti Nurhaliza ada upload gambar bersama kedua-dua anaknya di dalam kapal terbang.

Pada amnya, anaknya yang berumur 4 tahun dan 1 tahun itu baik-baik saja akan tetapi ada moment yang mana mereka menjerit keriangan sebab teruja agaknya.

“Syukur sangat, alhamdulilah, Aafiyah behave dan tak ada pun kacau ibu. Tapi dia dengan Afwa ada bergurau dan jadi excited sampai terjerit-jerit dalam flight.”

“Bila mereka dah penat bermain, inilah saat yang paling ibu nantikan, mereka tidur. Tapi tetaplah nak peluk anak bujang ni kuat-kuat kerana dia ni tidur agak buas.”

Kedua orang anak-anaknya dilihat nyenyak tidur di dalam kapal terbang. Sudah tentu pengalaman bersama anak dalam kapal terbang ni memang banyak ragamnya.

Selamat bercuti buat Siti Nurhaliza sekeluarga.