Semalam sekali lagi nama pelakon senior tanah air iaitu Mak Wan Latah menajdi sebutan ramai.
Ini apabila ada wanita yang dikatakan bekas manager kepada Mak Wan tampil mendedahkan sisi Mak Wan yang ramai yang tak sangka-sangka.
Wanita bernama Amell itu ada ditemubual oleh pihak Mstar, dan mengatakan dia dah lama simpah rahsia Mak Wan.
Jelas Amell lagi, kini dia dah tak dapat nak menahan dirinya, dan mendedahkan perbuatan Mak Wan setelah Amell sendiri yang terkena.
Melihat isu ini jadi tular, menerusi satu post, Mak Wan tampil muatnaik sebuah video.
Dari video itu, Mak Wan memperdengarkan satu ceramah tentang kesan perbuatan membuka aib dan juga kisah fitnah akhir zaman.
Ini petikan dari video ceramah berkenaan: “Berapa banyak kisah aib yang tak patut didedahkan. Tak past berita itu, Nabi ada kata tinggalkan urusan dan perkara yang meragukan kamu.”
Di ruangan caption juga, Mak Wan Latah berkata cukulah apa yang tersebar itu, dan dia pun mahu baiki dirinya sendiri.
“Syafakallah buat diriku ini, amin. Kita manusia ini merupakan pendosa, cukup cukuplah.”
“Lebih baik kita ni memperbaiki diri kita sendiri untuk kita sampai kesana nanti. Risau juga nanti jika kita disoal mara buka, kita tak tahu nak jawab.”
Mak Wan juga dilihat menggunakan hashtag fitnahakhirzaman.
Itu saja komen serta reaksi ringkas dari Mak Wan yang baru saja diupload oleh sekitar jam 6 pagi, hari ini.
Kisah ini mengejutkan ramai setelah Amell ada muatnaik video yang mana Mak Wan naik angin ketika berada di sebuah rumah disyaki bersama bekas suaminya.
Berbalik kepada cerita dari Amell, wanita berkenaan dikatakan dah tak tahan dengan sikap Mak Wan setelah dia dituduh mengambil duit sebnyak dua uluh ribu Ringgit.
Amell dikatakan telah membuat laporan polis berkenaan hal berkenaan, dan mempunyai bukti bahawa Mak Wan Latah sebenarnya yang telah mengambil duit berkenaan.