Nabila Huda bukan lagi pengacara Melodi, ini sebabnya

12,043 views

Nabila Huda pada hari Ahad telah tampil sebagai pengacara rancangan hiburan Melodi buat kali terakhir.

Setelah setahun bergelar hos kepada rancangan yang amat terkenal itu, maka berakhirlah khidmat Nabila Huda sebagai pengacara.

Pelakon yang juga anak kepada Amy Search ini bercerita, dia tidak lagi menjadi hos sebab kontrak untuk mengendalikan rancangan berkenaaan dah pun tamat.

“Kontrak saya sebenarnya telah pun berakhir pada bulan ini selepas satu tahun saya bergelar pengacara rancangan Melodi.”

“Saya memang amat gembira kerana telah diberi kepercayaan untuk galas tanggungjawab menjadi host selama satu tahun ini.”

Sebagai seorang yang baru berjinak dalam bidang pengacaraan, Nabila Huda mendedahkan banyak ilmu yang telah dia pelajari.

“Begitu banyak kenangan manis sepanjang saya mengendalikan rancangan Melodi ini. Saya anggap ianya satu rezeki sebab ianya bermula semasa kita semua jalani Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun lalu. Masa tu ramai yang tak dapat bekerja, tetapi saya telah diberikan rezeki untuk menggalas sebagai host Melodi.”

“Dari situ maka bermula rezeki saya menjadi pengacara dan saya belajar banyak perkara yang baru. Antara yang saya belajar ialah cara nak handle program TV secara online dari rumah, bagaimana setting kamera, lighting dan banyak lagi.”

Nabila huda memberitahu dia kini akan fokus dalam bidang lakonan dan ini satu lumrah untuk tidak lagi menjadi sebahagian dari sesebuah rancangan program TV.

“Saya tak ada pun rasa sedih kerana ini merupakan satu lumrah dalam pekerjaan dan juga kehidupan. Selepas selesai dengan sesuatu, kita akan jumpa orang baru di tempat yang baru juga.”

“Kerja-kerja lakonan saya akan teruskan selepas ini memandangkan itu merupakan keutamaan saya dan bidang mengacara ini boleh dikaytakan satu kerjaya sambilan untuk saya.”

“Saya nak ucap terima kasih kepada semua yang tolong saya di belakang tabir. Saya mahu aturkan satu majlis makan malam sebagai tanda terima kasih khas buat mereka semua.”

Sebelum ini Nabila Huda menggantikan tempat Awal Ashaari dan juga Janna Nick sebagai pengacara Melodi.