Foto: Vanidah Imran selamat bernikah dengan bekas pesilat negara

15,443 views

Pelakon Vanidah Imran, 49 tahun, kini selamat bergelar isteri kepada pesilat negara, Arifabillah Idris, 43 tahun.

Majlis akad nikah berlangsung sekitar jam 12 tengah hari tadi di sebuah lokasi di Titiwangsa.

Hanya sekali lafaz, Vanidah yang disapa mesra dengan nama Vee sah bergelar isteri kepada Arifabillah, yang juga bekerja sebagai seorang engineer selain menjadi pesilat.

Di majlis pernikahan itu, seramai 50 tetamu yang hadir, hanya family dan teman rapat saja.

Mereka tidak mengumumkan jumlah wang hantaran atas permintaan family namun pengantin lelaki memberikan seutas rantasi emas sebagai mas kahwin.

Selain itu, kedua-dua belah keluarga juga memberi dua dua hantaran.

Pasangan pengantin baru ini memakai busana Rizman Ruzaini berwarna kuning lembut. Ini sedikit foto pernikahan mereka.

Kata Vanidah Imran, mereka dah jalin hubungan selama dua tahun, dan kini masa yang sesuai untuk berumah tangga.

“Hanya mereka yang rapat saja tahu tentang hubungan saya dan suami. Family dan dua anak saya iaitu, Mikail Aimran dan Maryam Rashika pun dah tahu.”

“Ada beberapa teman hanya dimaklumkan tentang majlis ini beberapa hari sebelum pernikahan. Ada antara mereka terkejut, tetapi semuanya gembira.”

“Hal peribadi kena simpan dengan erat sehingga betul jadi. Nikah dan kahwin ini bukan macam tukar baju.”

“Kami dua-dua pernah berkahwin sebelum ini. Dah ada pengalaman hidup berumah tangga. Suami berstatus duda mempunyai empat anak.”

“Oleh itu, nak membina masjid ini, perasaan dan hati anak-anak kenalah diutamakan.”

Bagi Vanidah, suaminya ini memang pandai ambil hati anaknya.

“Saya lihat dia ni memang amat pandai ambil hati anak. Anaknya juga terima saya.”

Malam ini, Vanidah Imran dan suaminya Arifabillah akan mengadakan satu majlis resepsi di Tituwangsa juga.

Suami Vanidah Imran, Arifabillah telah master ilmu Silat Cekak Pusaka Hanafi, dan pernah memenangi pingat perak pada World Martial Arts Masterships di Korea Selatan pada tahun 2016.