“Tahu-tahu je dah pregnant” Video baru jelas dah nampak baby bump Adira

2,987 views

Lama dah tak dengar tentang kisah penyanyi Adira. Beberapa hari lalu, penyanyi Adira ada muatnaik video terbarunya.

Seperti biasa, kebanyakkan video Adira hanya bersama anak-anaknya, tanpa adanya Dato Red atau nama penuhnya Datuk Seri Adnan Abu.

Akan tetapi kali ini video ini telah mengundang pertanyaan dari para peminatnya, yang memang tajam matanya.

Dua video dari Adira ini telah memperlihatkan penyanyi ini seakan sudah mempunyai baby bump.

Video pertama, pada tiga hari lepas, yang mana Adira telah hadir ke satu event rakannya. Adira memakai baju putih bersama anaknya.

Ada beberapa ketika, memang jelas dah nampak baby bump Adira itu.

Kemudian, dua hari lalu, Adira sekali lagi upload video bersama anaknya, dan dia berada dalam kereta sedang drive.

Ketika itu, Adira mengambil anak perempuannya pulang dari sekolah. Yang paling jelas, ketika keluar dari kereta, memang nampak benar baby bump Adira itu.

Ini beberapa gambar dari video itu.

Lantaran itu, ramai yang mula memberi komen bertanya kepada Adira, adakah dia kini sedang hamil.

Nabila Noryaslan menulis: “Lama dah tak nampak picture dengan hubby. Tahu tau je dah pregnant lagi. Syukur alhamdulillah. Semoga semuanya lancar. Amiin.”

Ecah ucuk dan Uncryn Yna pula menulis: “Pregnant ke sis. Alhamdulillah tiba-tiba saja dah ada baby bump tu, auto kecantikan bertambahlah terserlah.”

Pengguna bernama Nrdila pula menulis komen: “Saya sangka dah salah tengok. Eh dah ada baby bump, tahniah Adira.”

Ada juga peminat dan followernya yang tak tahu bahawa Adira masih bersama suaminya, Dato Red.

Suhaida dan Scha bertanya: “Jikalau tak silap, hari tu ingatkan dah berpisah dengan Dato Red, masih dengan suami ye. Baru tahu, congratulation.”

Sehingga kini belum ada kenyataan rasmi dari Adira tentang kisahnya sedang hamil ini. Jika benar sedang mengandung, tahniah diucapkan buat Adira.