Pelakon Vanidah Imran selamat bernikah dengan suami barunya bernama Arifabillah, seorang jurutera yang juag bekas pesilat negara.
Bercerita tentang perkenalan dengan Vanidah, Arifabillah memberitahu, dia mula kenal dan berkawan sejak tahun 2016.
Ketika itu, Arifabillah telah dilantik sebagai koreografi untuk seni silat dalam satu teater yang dilakonkan oleh Vanidah Imran.
“Kami telah berkenalan di Istana Budaya yang mana saya telah terlibat dalam koreografi silat untuk pelakon teater yang dibintangi oleh Vee. Sejak dari itu, kami pun berkawan.”
Kemudian pada tahun 2020 ketika PKP, hubungan mereka mula lebih akrab.
“Ketika adanya perintah kawalan pergerakkan, PKP fasa pertama, kami selalu saja bersembang. Kemudian, saya pun ada sertai kumpulan lariannya.”
Selesa berkenalan, Arifabillah memberitahu, dia telah melamar Vee, pada awal tahun ini.
“Lamaran taklah terlalu istimewa. Selama dua tahun kenali hati budi, kami banyak berbincang hal yang dekat dengan diri termasuk soal tanggungjawab dan hal melibatkan anak.”
“Kenalinya, saya boleh katakan dia wanita berdikari. Vee juga mempunyai sikap keibuan. Dia ni selebriti, sedangkan, saya orang biasa. Bila dah lama-lama kenal, rupanya dia ni pun sama seperti orang lain.”
Dalam pada itu, Vanidah Imran juga mengatakan ketika PKP, dia dan Arifabillah sering berhubung, namun bukannya untuk bercinta.
“Semasa PKP tu, kami sesekali berhubung. Ianya lebih kepada tentang kerja, hidup dan juga anak masing-masing.”
“Keakraban terjadi tanpa disedari. Semuanya secara semula jadi. Ibarat, masing-masing tahu mula terbit rasa sayang.”
“Rasa itu pemberian dari Illahi. Kesungguhan dan keikhlasan dia cuba mendekati dan memahami saya telah berjaya memikat hati saya ini.”
“Walau usia beza enam tahun, itu bukan halangan. Apa yang pasti, dia ni pun bukan lelaki yang pandai mengayat atau terlalu romantik.”
“Tapi dia selalu berada di sisi saya semasa ada bebanan yang hadir.”
Vanidah Imran akui bapanya mula agak keberatan untuk memberi izinnya berkahwin lagi, namun akhirnya bersetuju juga.
“Ada masa kurang yakin dengan keputusan nak bina hidup baru. Keputusan kahwin lagi ini memang sukar. Semasa luah hasrat pada abah, dia pun dilihat agak keberatan.
“Tetapi selepas ramai pihak termasuk anak saya menyakinkan, abah pun menurut. Kini abah percaya anaknya berhak untuk bahagia.”
Itulah komen dari Vanidah Imran seperti dilaporkan Berita Harian.