Kini dah umur 6 bulan baby Bilal, anak kepada Neelofa dan juga suaminya Pu Riz.
Sempena umur baby Bilal dah masuk ke 6 bulan, Neelofa ada muatnaik gambar terkininya di dalam kereta.
Namun seperti biasa, masih belum lagi ditayangkan wajah baby Bilal itu. Hanya separuh saja wajahnya diperlihatkan kepada umum.
Dari entry berkenaan, Neelofa berkata bantal yang diletakkan di wajah Bilal itu merupakan bantau busuk kegemaran anak sulungnya itu.
Namun begitu, nampaknya kali ini netizen dilihat dah tak dapat tahan dengan tindakan Neelofa.
Jelas netizen, Neelofa tak mahu tayang wajah anak tetapi masih lagi kerap muatnaik gambar anaknya, bagi netizen, kalau tak nak post lebih baik tak payah langsung muatnaik foto Bilal.
Ada seorang netizen bernama Meksa menulis: “Baik tak payah nak post langsung, kalau nak sorok wajah macam ni, apalah maknanya.”
Neelofa terbaca komen berkenaan lantas memberi respn balas: “Biarlah saya nak post apa pun, nanti kalau sampai masa baru saya tunjuk wajahnya.”
Namun ada juga komen lain yang dilihat agak pedas dari netizen, rata-rata menyampah dengan isu tak nak post wajah baby Bilal ini.
Antara komen yang dilemparkan ialah melabel Neelofa sebagai seorang yang dahagakan perhatian.
Baca komen pedas berkenaan ini, dari netizen.
Memang agak keterlaluan juga komen yang dilemparkan kepada Neelofa ini, tetapi mungkin disebabkan mereka pun bukan dari kalangan peminat Neelofa tu.
Sehingga kini, Neelofa dan suami iaitu Pu Riz memberi alasan risau isu ain melanda anaknya jika tayang wajah penuh baby Bilal.
Jelas Neelofa dan suami, akan sampai masanya nanti dia akan tunjuk juga wajah baby Bilal kelak, oleh itu kepada semua yang tak sabar tu, kena tunggu sajalah ye.