Banyak persoalan yang timbul tentang kes kehilangan bekas personality TV3, Zalina Azman sejak bulan November yang lalu.
Lebih bingung, kes ini dah berapa bulan, baru ianya menjadi viral. Sudah berbulan tanpa sebarang clue atau petunjuk, netizen memang merasakan sesuatu yang misteri tentang kes Zalina Azman ini.
Netizen turut melahirkan persoalan mereka di laman media sosial.
“Lalu kawasan situ polis tak ada pun, tak nampak buat siasatan pun, tak guna anjing pengesan ke cari bau Zalina Azman.” Itu antara komen dari netizen.
Sebenarnya, sejak dari bulan November yang lepas, pihak polis dah mulakan siasatan secara terperinci.
Malah, Ketua PoIis Daerah Shah Alam iaitu Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata rumah bungalow milik ZaIina Azman itu dah digeledah sebanyak dua kali.
Kediaman berkenaan terletak di Seksyen 3 Shah Alam, dan mula disiasat sejak anak lelaki Zalina membuat report polis.
Kali pertama bungalow Zalina Azman digeIedah pada November tahun lalu dan diikuti kali kedua kira-kira dua minggu yang lepas.
Bukan itu saja, polis juga dah memanggil pasukan forensic dari polis dan juga unit anjing pengesan K9.
“Memang setakat ini tak ada lagi petunjuk baru. Sebelum ini poIis dah pernah geIedah rumahnya.”
“Namun secara terperinci saya tak boleh nak dedahkan, cumanya dapat disahkan tak ditemui sebarang petunjuk adanya sebarang unsur jnayah dalam rumah itu.”
“Tak ada penemuan yang dikatakan pelik atau ganjil di rumah berkenaan. Semasa geledah, kita juga panggil pasukan forensic.”
Ini pula komen tentang menggunakan anjing pengesan di rumah Zalina Azman.
“Selain itu, pihak kami juga dah gunakan khidmat unit anjing pengesan. Memang tak ada temui sebarang jejak dalam rumah, juga di luar rumah.”
Tentang pekerja pembinaan yang buat renovation, polis berkata kerja berkenaan terhenti kerana adanya perintah kawalan pergerakkan.
Sukar nak mengesan kontraktor yang melakukan renovation rumah Zalina Azman kerana sudah lama.
“Tempoh renovation rumah tu dah agak lama, bukan baru-baru. Oleh itu payah kita nak cari melainkan pekerja itu sendiri yang tampil. Kita tak dapat pasti pekerja itu warga tempatan atau warga asing.”
Itulah perkembangan terkini kes Zalina Azman.