“Follow Instagram mereka nak buat apa..” Mamat dedah hubungan dengan Jep, Shuib

1,134 views

Kumpulan Sepah antara nama besar dalam dunia lawak. Pernah menang Raja Lawak dan Maharaja Lawak Mega, kini Sepah telah dibubarkan dan hanya tinggal Sepahtu saja.

Sepah terdiri dari Jep, Shuib dan juga Mamat. Setelah menang semuanya naik bersama-sama.

Namun, Sepah dibubarkan dan Jep bersama Shuib menubuhkan pula Sepahtu, berdua saja tanpa Mamat.

Sepahtu terus mengembangkan lawak jenaka mereka sehingga diangkat antara pelawak terhebat di Malaysia ketika ini.

Nama Jep Sepahtu dan Shuib cukup besar, namun Mamat kurang menyinar di dunia seni.

Menceritakan kisah hubungan tiga sekawan ini, Mamat akui, dia agak rindu muncul bersama Jep serta Shuib di atas pentas untuk melakukan persembahan.

“Saya memang rindu buat persembahan bertiga, mereka memang partner yang baik. Lagi-lagi Jep lah. Punchline kita pakai instinct saja.”

Ada juga yang bertanya apa agaknya hubungan antara mereka ini, apatah lagi di Instagram pun tak follow.

Walaupun jarang nampak bersama, Mamat berkata hubungan antara dirinya dan Shuib serta Jep baik-baik saja sungguhpun mereka tidak follow sesama mereka di laman Instagram.

“Nak follow Instagram pun buat apa, dah kitorang semua memang ngam, tak perlu tengok IG pun tak pe. Instagram ni untuk orang luar, untuk kawan, tak perlu. Kalau apa-apa saya whatsapp je dia.”

“Kami bertiga ni baik saja, cumanya waktu tak mengizinkan untuk kami berjumpa. Itu juga mungkin Jep tu makan hati dengan saya sebab saya terpaksa tolak perlawaan untuk jumpa kerana faktor kekangan masa walaupun dia sebenarnya berdekatan saja dengan rumah saya. Dia buat Sepahtu Reunion di Shah Alam, dekat saja rumah saya.”

“Sekarang ini biarlah mereka commit dengan program Sepahtu dorang lah dulu, saya pun tengah fokus dengan kerja hakiki, waktu nak jumpa tak dapat. Kadangkala rasa bersalah dengan Jep. Jep banyak kali dah mintak jumpa, ajak minum, tapi saya tak dapat nak jumpa.”

Ditanya apa yang Mamat buat ketika ini, Mamat menyatakan dia masih di dunia seni selain ada tanggung jawab sebagai suami.

“Saya bertugas sebagai suami dan juga pelawak. Selain itu saya juga ada buat event.”

Bagi Mamat, kenang bersama Sepah dengan Shuib dan Jep dilabel sebagai artifak dan begitu banyak kenangan manis bersama.