Penyanyi remaja terkenal, Masya Masyitah boleh dikatakan amt sukses di usi yang masih muda.
Tampil dengan imej bertudung, Masya Mashitah sudah beberapa kali menempa nama di persada antarabangsa dengan memenangi pertandingan nyanyian bertaraf dunia.
Penyanyi berumur 22 tahun dari Kedah ini boleh dikatakan antara pelapis untuk generasi baru yang mempunyai suara yang hebat.
Baru-baru ini Masya Mashitah telah menjadi bualan orang ramai dan juga netizen. Ini semua kerana muzik video lagu terbarunya.
Masya yang tampil dengan lagu berjudul Simpanan, telah release muzik video lagu berkenaan baru-baru ini.
Namun, apa yang jadi tumpuan ialah ada adegan serta babak yang mana Masya Mashitah telah memegang serta bersentuhan dengan model jejaka dalam video berkenaan.
Aksi seperti memegang wajah serta tangan model lelaki berkenaan mendatang komen yang kurang enak dari penonton.
Ini kerana Masya diketahui membawa imej sebagai seorang wanita yang bertudung, dan aksi sedemikian dianggap tak bersesuaian.
Hal ini disuaran melalui beberapa komen dari netizen yang bertanay kenapa Masya bersentuhan dengan jejaka berkenaan.
Ini antara komen yang dilemparkan dari muzik video lagu Masya Mashitah itu.
“Dua orang ni memang adik beradik ke? Ataupun dah kahwin, suami isteri.”
“Wah sekarang sudah pandai berpegangan tangan pula.”
“Ni mungkin adik dia lah ni.”
Komen mengatakan mereka berdua ini merupakan adik beradik merupakan antara yang paling banyak dapat dilihat.
Selain adegan berpegangan atau bersentuhan itu, ada juga netizen yang menegur penapilan Masya Mashitah yang dilihat sudah menampakkan bahagian lehernya.
Ramai yang berkata mereka lebih menyukai style atau penampilan Masya Mashitah dalam muzik video paling popular nya ketika tampil dengan lagu Halimunan pada tahun 2018.