“Oh memang macam tu sifat dia? Puas?” Izara Aishah komen isu melagakan Fazura dan Neelofa

31,024 views

Pelakon jelita Izara Aishah akhirnya tampil memberi komennya tentang sesetengah netizen di luar sana yang seringkali mengaitkan Fazura dan juga Neelofa. 

Ada yang selalu saja cari hal dengan cuba nak membanding-bandingkan Fazura dan jugaNeelofa di laman media sosial. 

Bagi Izara Aishah, tindakan ini tidak elok dan hanya mahu melaga lagakan kedua belah pihak itu. 

Baru-baru ini pun, ada pihak yang muatnaik kembali dan mengatakan pakaian antara Fazura dan Neelofa seakan sama. 

Isteri kepada Adib ini meluahkan pendapatnya menerusi satu tweet dan memandang perkara ini tak patut dilakukan. 

“Tapilah jikalau bukan niat dia seperti itu, macam mana, bagaimana dia ni nak jawab fitnh kat akhirat nanti.” 

“Sama juga dengan kak Fazura. Jikalau niat kak Faz post tiada kena mengena dengan apa yang netizen asyik cakap ni, habislah netizen ni nak menjawab kat sana, akhirat nanti. Banyak sangat orang cuba melagakan mereka for no reason pun.” 

Izara bertanya kepada mereka yang taksub nak compare dua selebriti berkenaan, apa agaknya motif mereka dan adakah ianya sesuatu yang seronok dilakukan. 

“Dapat apa agaknya ye untuk buat tweet atau post tiktok dan sebagainya berunsur macam ini? Adakah ini menyeronokkan untuk kalian semua. Nanti korang tunggu la kat sana (akhirat), tengok fun ke tidak.” 

Luahan hari dari Izara Aishah ini mendapat sokongan dari ramai pihak. 

Ramai yang setuju dengan Izara Aishah agar tidak lagi membandingkan dan cuba nak melagakan antara Fazura dan juga Neelofa. 

Kedua mereka ini, Fazura dan Neelofa, pun dah succes dalam kerjaya dan bidang yang mereka ceburi. Cubalah jadi macam Izara Aishah ini, dengan dua-dua pihak pun dia baik dan okey saja, baik dengan semua orang dan tak jadi duri.