“Saya bukan isteri sempurna” Ramai tertanya mengapa Datin Alyah berlinangan air mata

3,030 views

Melihat video yang dimuatnaik di laman media sosial milik Datin Alyah, ramai peminat mula meluahkan rasa risau kepadanya. 

Dari video itu, Alyah dilihat sedang dalam tangisan yang agak merisaukan juga, kenapa agaknya ye. 

Sampai teresak-esak isteri kepada Datuk Ramli MS ini mengalirkan air matanya. Akhirnya Alyah tampil memberi penjelasan selepas ramai yang tertanya apayang terjadi. 

“Syukur alhamdulillah saya ni okey saja. Tidak ada apa yang perlu kalian bimbangkan.” Itulah jawapan yang diberi Alyah seperti yang dilaporkan Kosmo. 

Memberi penjelasan lanjut, Alyah mengatakan dia tak ada terniat pun nak membuatkan orang ramai terutama peminatnya risau dengan video berkenaan. 

Sebaliknya, Alyah hanya menyahut cabaran yang diberi nama ‘Cinta Sahabiyah Challenge’. 

“Saya ada buat satu challenge atau cabaran yang dinamakan sebagai Cinta Sahabiyah Challenge. Cabaran ini sempena dengan single baru dari saya iaitu lagu Cinta Sahabiyah.” 

“Untuk cabaran ini, orang yang nak sertai kena rakam video memperlihatkan dirinya sedang menangis dengan berlatar belakangkan lagu Cinta Sahabiyah. Menangis betul-betul ye, bukan yang buat-buat tu.”  

Bukan cabaran kosong, Alyah menyatakan ada hadiahnya iaitu video terbaik akan dapat RM300. 

Sungguhpun hanya cabaran, Alyah akui dia betul betul tersentuh dan menangis dengan sepenuh hatinya.  

Ini membuatkan ramai peminat yang turut merasai tangisan Alyah itu.  

“Tengok video ini, tiba-tiba saya pun rasa nak menangis.”  

“Semoga Datin Alyah akan terus kuat. Kami peminat sentiasa memberi doa pada kamu.” 

“Kenapa ni Datin, semoga Datin kuat ya.” 

 Berkata dengan lebih terperinci, Alyah mendedahkan dia menulis lagu ini dan tujukan kepada kaum wanita dan isteri. 

“Lirik lagu Cinta Sahabiyah ini ditulis oleh saya sendiri dan ianya ditujukan kepada para isteri termasuk diri sendiri untuk belajar menjadi lebih sempurna.”  

“Saya ni bukanlah isteri yang sempurna, tetapi masih terus belajar untuk jadi yang lebih baik.” 

Jelas Alyah, lagu ini diambil inspirasi dari wanita-wanita dan muslimah di zaman Baginda dulu-dulu.