“Dah selesai..” Boy Iman kembali dapat gelaran Datuk?

1,772 views

Pelakon yang juga ahli perniagaan Boy Iman sebelum ini seringjali jadi buah mulut netizen di luar sana. 

Ini terutama bidang perniagaannya yang pernah jadi persoalan ramai sebelum ini, melibatkan hartamah dan construction rumah. 

Selain itu, Boy Iman juga pernah menyatakan dia sudah mendapat pangkat Dato setelah diberi anugerah berkenaan beberapa tahun lalu. 

Boy Iman menerima anugerah dari negeri Pahang pada tahun 2017, akan tetapi setelah empat tahun, pelakon ini telah menerima surat bahawa ada penarikkan semula anugerah dan pangkat berkenaan pada tahun 2021.  

Selain itu, Boy Iman ada mengatakan dari surat berkenaan, tidak ada pula dinyatakan sebab atau punca anugerah itu ditarik semula. 

Dengan ini, sejak tahun lalu, Boy Iman sudah tidak lagi bergelar Dato. 

Namun begitu, beberapa hari lalu, ada ternampak satu posting dari Boy Iman yang mana, dia kembali menunjukkan bahawa dirinya kini mempunyai kad bernombor bahawa dirinya kembali bergelar Dato. 

Boy Iman telah muatnaik gambar kad keahlian Dato dengan nombor sirinya sekali. 

Dari kad itu, anugerah diberikan kepada Boy Iman ialah Dato Darjah Indera Mahkota Pahang dan jenis keahlian ialah Ahli Kehormat, membawa namanya kepada YH Dato Noruliman DIMP. 

Melihat kad itu, tarikh yang tertera ialah 15 September 2023 iaitu pada tahun depan. 

Dari ruangan komen, ramai yang tertanya, benarkah Boy Iman dah kembali bergelar Datuk, dan pelakon ini hanya memberi komen emoji senyuman dan ketawa saja. 

Selain itu, ketika ditanya bahawa Dato dia sudah ditarik, Boy Iman menjawab ianya sudah selesai. 

Ini komennya. 

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi tentang hal ini, kita tunggu saja kenyataan rasmi dari pihak Boy Iman kelak.