Syafiq Kyle dah sedia, umum pernikahan dengan Mimi Lana, sila baca

2,250 views

Ramai yang tertanya tentang status hubungan antara dua pelakon popular tanah air iaitu Syafiq Kyle dan juga pelakon jelita Mimi Lana. 

Dulu pernah jalin hubungan namun dah berpisah, tetapi kini dah kembali bersama semula. 

Apapun memang jarang melihat mereka berdua ini mesra berduaan sekaligus ramai yang nak tahu juga status mereka ketika ini. 

Melalui laporan dari portal Kosmo, akhinya Syafiq Kyle tampil memberi jawapan. 

Pelakon berumur 30 tahun ini menyatakan bahawa mereka berdua dah pun bersedia untuk melayari bahtera perkahwinan bersama. 

Dari perancangan, Syafiq Kyle dan Mimi Lana akan disatukan sebagai pasangan suami isteri pada tahun depan. 

Di usia 30 tahun ini, Syafiq memang dah benar-benar sedia. 

“Secara jujur, sebenarnya, saya dah pun bersedia nak mendirikan rumah tangga di usia saya ni.” 

Apapun, Syafiq memberitahu, dia dan Mimi Lana tak bertunang, dan terus buat yang wajib saja iaitu akan terus diijabkabulkan dan bernikah. 

“Mungkin kami berdua tak akan ada buat majlis pertunangan sebab bagi saya, kami mahu terus saja nikah dan buat hal yang wajib yang dituntut agama.” 

Tentang tarikh pernikahan, belum lagi ada yang telah ditetapkan dan Syafiq akan memberinya jika sudah dipersetujui kedua belah pihak. 

“Buat masa sekarang ini kami masih tiada tarikh yang tetap sebab kami kenalah selesaikan beberapa komitmen kerjaya seni dulu.” 

“Dengan keizinan dari Nya, kami tak akan berahsia sekiranya dah ada tarikh ditetapkan nanti.” 

 Sementara itu, Syafiq telah membuat penafian bahawa dirinya dan Mimi Lana akan bernikah pada hujung tahun ini. 

“Macam mana nak nikah hujung tahun sebab memang tiada persiapan dilakukan. Saya pun belum ada  kadi pun untuk majlis berkenaan.” 

Itulah penjelasan dan pengakuan dari Syafiq Kyle tentang hubungan terkini dengan Mimi Lana.