Ini komen jujur Nabil Ahmad, Jihan Muse tentang Elly Mazlein yang lebih menonjol

11,577 views

Untuk minggu pertama Gegar Vaganza, tidak dinafikan gandingan hos yang baru iaitu Nabil Ahmad dengan Elly mazlein mendapat pujian dan komen yang baik dari para penonton. 

Walaupun ada yang kurang suka dan masih mahukan gandingan lama antara Nabil dan Jihan Muse, tetapi rata-rata terhibur dengan telatah Elly Mazlein. 

Terutama di segmen terakhir, Elly Mazlein membuatkan ramai tersenyum dan ketawa dengan telatahnya yang amat hyper. 

Bercerita tentang gandingan barunya, Nabil Ahmad meluahkan rasa gembira setelah ramai yang memberi reaksi yang baik.  

“Syukur sangat, alhamdulillah, gandingan saya dengan Elly memang menjadi, saya memang happy betul.” 

Tentang Elly Mazlein lebih menonjol darinya, Nabil langsung tak kisah. 

“Jika Elly atau saya lebih menonjol, bagi saya itu adalah satu kejayaan untuk program ini sendiri. Saya tidak kisah pun siapa yang menonjol. Yang penting peserta dapat jadi tumpuan.” 

“Dan bila Elly jadi tumpuan saya tumpang gembira dan seronok sebab ni kerja sepasukan. Jika gandingan antara kami jadi tular dan viral di laman media sosial, saya gembira kerana ini makna nya orang hargai dan suka kerja kami sebagai pengacara.” 

Kata Nabil, dia memang dah banyak kali bekerja dengan Elly Mazlein dan dah ada keserasian. 

“Sebenarnya saya dah banyak kali sama-sama dengan Elly contoh di Muzikal Lawak Superstars dan juga di program Mele TOP. Senang bekerjasama dengan Elly.” 

Nabil juga akui, dia juga mecandangkan nama Elly Mazlein untuk penganti Jihan Muse yang kini sedang berpantang. 

“Ketika produksi GV minta pendapat saya untuk cari pengganti Jihan, saya memang beri cadangan nama Elly.” 

“Dengan adanya Elly ni, ianya dapat jadi wow factor dan beri suntikan nafas yang baru untuk GV ni.” 

Dalam pada itu, Nabil juga memaklumkan bahawa Jihan Muse sendiri terhibur melihat telatah Elly mazlein dan Nabil di GV musim ini. 

“Jihan pun ada cakap yang amat suka dan terhibur menonton gandingan saya dengan Elly pada minggu pertama.” 

Itulah komen dari Nabil Ahmad tentang Elly Mazlein, sampaikan Jihan Muse pun suka sangat.