“Welcome home Shuk” ~Rossa Sera hadir di airport sambut Shuk pulang umrah

1,215 views

Dua minggu mengerjakan ibadah umrah, pelawak Shuk Sahar, 36 tahun, dah pun balik ke tanah air. 

Dari satu entry oleh Rossa Sera, wanita ini telah hadir ke airport bersama anak-anak untuk menyambut Shuk Sahar. 

Caption yang digunakan oleh Rossa Sera, 28 tahun, untuk menyambut kepulangan Shuk Sahar ialah “Selamat pulang Shuk, welcome home.” 

Rossa telah muatnaik detik Shuk Sahar memeluk anak-anaknya ketika tibda di airport. 

Wanita ini telah berterima kasih kerana Shuk sedaya upaya menjadi seorang bapa yang baik untuk anak mereka. 

“Saya ucapkan terima kasih sebab sentiasa cuba untuk menjadi ayah yang terbaik. Mari bersama-sama kita menjaga hubungan untuk amanah ini.” 

“Ini merupakan amanah yang menjadi bukti cinta kita dulu. Kita sama-sama membesarkan mereka. Semoga awak kini sudah mendapat ketenangan.” 

“Semoga Shuk terus jadi ayah terbaik untuk anak-anak walaupun kita dah tak bersama lagi.” 

Dari video itu, Shuk disambut kedua anak perempuannya dan apabila bertemu terus saja dipeluk erat. 

Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada Rossa Sera dan memujinya. 

Pelbagai komen diberikan antaranya mahu terus melihat hubungan kedua mereka ini terus baik demi anak-anak. 

“Semoga yang baik-baik saja untuk dua orang ini. Perkara lepas jadikan pedoman serta pengajaran. Untuk Shuk jangan sia-siakan peluang.” 

“Harap dan didoakan agar kalian akan berjaya jadi ibu bapa yang baik. Tak bersama bukan bererti kita jadi tak baik kan.” 

“Tak apa, ada situasi dan keadaan yang tak perlu sebumbung untuk membesarkan anak, Sera memang wanita yang kuat.” 

Shuk Sahar dan Rossa Sera berkahwin pada tahun 2015 dan sehingga kini tidak diketahui status hubungan mereka sama ada masih suami isteri atau sebaliknya, namun mereka kini tak tinggal bersama.