Nama Anna Jobling kini sedang meningkat naik. Pemilik nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman ini jadi bualan baru-baru ini berkaitan dengan ibunya.
Ada kata serta komen yang kurang elok dilemparkan terhadap ibunya.
Melalui foto, ada mengatakan bahawa, jika hanya dilihat dari foto, mereka ingat itu adalah bibik atau maid kepada Anna Jobling.
Ini antara komen kurang baik dari netizen. “Ingatkan bibik tadi.”
“Genetik bapa dia kuat sangat. Tak sama macam mak dia.”
Melihat komen ini menjadi viral, Anna Jobling ternyata kecewa dan tidak mahu orang lain berkat atentang family terutama ibunya.
“Ibu saya ni tidak pernah pun nak usik orang. Dia tidak pernah nak campur hal orang lain, tiba-tiba dia menjadi sasaran pula. Agaknya, apa perasaan jika ada orang lain buat biadap terhadap family anda.”
“Jangankah nak mengganggu keluarga. Kalau ada apa-apa, cakap dengan saya, jangan libatkan mereka. Ini kerana ibu saya tidak ada kacau sesiapa pun.”
Anna Jobling sudah tentu bersedih hati melihat ibu tersayang menerima komen sedemikian.
“Jauh di hati saya ini, sudah tentulah sedih. Mungkin kerana saya ni pelakon dan ramai kenal, mereka ingat boleh komen apa saja tentang saya.”
Pelakon berdarah kacukkan ini bagaimana pun bersyukur ibunya seorang yang amat kuat.
“Saya bersyukur sebab ibu saya seorang yang kuat. Dia tak kisah pun dan dia terus sokong diri saya.”
Itulah komen dari Anna Jobling tentang ibunya, seorang wanita Melayu dari Melaka. Untuk info, ayah kepada Anna ialah warga Inggeris dari UK.
Tentang kerjaya seninya, Anna Jobling kini sedang menggiatkan diri dalam satu pementasan teater.
Teater yang disertai Anna Jobling ini berjudul Maduku Terpaling Kalut dipentaskan bermula 29 September sehingga 2 Oktober ini.