Keputusan kes Farid Kamil dan Diana Danielle

837 views

Pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi ini. 

Ianya untuk sebutan kes rujuk dan cerai yang difailkan oleh Diana terhadap Farid Kamil pada bulan Oktober yang lalu. 

Diana, 33 tahun, terlebih dulu tiba di mahkamah dengan mengenakan busana hitam. 

Setelah tiba, para wartawan mengerumuninya namun Diana tidak memberi sebarang kenyataan. 

Pelakon ini hanya berjenaka mahu cari nasi lemak apabila ditanya tentang harapannya.  

Ini kata dari Diana secara berseloroh “Harapan? Saya mahu cari nasi lemak.”  

Tidak lama kemudian, Farid Kamil pula tiba di mahkamah. 

Apa yang menarik perhatian ialah Farid memakai songkok dengan lilitan putih, sambil mengenakan kurta putih. 

Farid kemudian meminta dokan yang baik saja buat mereka berdua. 

“Semoga yang baik-baik saja hari ini.” 

Peguam kepada Diana berkata, hari ini ada dua permohonan iaitu kes rujuk dan juga kes cerai. 

“Pada hari ini ada dua permohonan iaitu kes rujuk dan cerai. Akan teruskan dengan rujuk dulu dan kemudian diikuti dengan kes sebutan cerai.” 

“Memang kedua-dua belah pihak kena hadir ke mahkamah pada hari ini.” 

KEPUTUSAN KES 

Untuk sebutan pada hari ini, mahkamah telah mengesahkan Farid dan Diana masih lagi suami isteri yang mana mereka berdua memang benar telah rujuk setelah bercerai pada tahun lalu.

Mereka merujuk pada tarikh 31 Ogos tahun 2023. 

Bagi meneruskan permohonan penceraian yang difailkan oleh Diana, semua dokumen perlu lengkap termasuklah kes rujuk tersebut. 

“Perakuan rujuk perlu diambil di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dokumen berkenaan kena dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang ditetapkan pada tarikh 2 Disember ini.” 

Semasa keluar dari mahkamah, Diana ada ditemui media, dan hanya tersenyum saja. 

Namun Diana menegaskan ini bukanlah kerana ada moment yang gembira sebaliknya dia senyum untuk media saja. 

“Ini bukanlah moment yang gembira ye, jangan salah faham, cuma saya nampak rakan media saja.” 

Oleh itu, untuk melengkapkan segala dokumen, kes ini akan disebut semula pada bulan Disember depan.  

Diimbas kembali, Farid Kamil dan Diana Danielle pernah bercerai pada bulan Ogis tahun 2023, namun telah kembali rujuk sebagai suami isteri.  

Mereka berdua berkahwin pada tahun 2012 dan mempunyai dua ornag anak iaitu Che Mad dan juga Aurora.