Khairul Aming buat live jalan di market London, 16k viewers yang tengok, meriah habis

743 views

Siapa yang tak kenal dengan pemuda bernama Khairul Aming. Ketika ini, influencer terkenal tanah air ini sedang bercuti bersama seorang rakannya bernama Kemey di Eropah. 

Destinasi pertamanya ialah di England, di kota London. Sepanjang berada di London, pemuda yang baru saja masuk ke usia 30 tahun ini sering kali buat live untuk tatapan para peminatnya. 

Apa yang menariknya, sepanjang buat live dan bersiaran langsung, memang meriah habis video Khairul Aming. 

Bukan sikit yang sama-sama melayan video live Khairul Aming tu, memang ramai betul, berbelas ribu orang tau. 

Malam tadi sekitar jam 10malam, yang juag bersamaan dengan jam 3 petang di London, Khairul Aming telah live, dan penonton yang menonton live tersebut mencecah seramai 16ribu orang. 

Ketika itu, Khairul Aming membawa para penontonnya menyaksikan sendiri suasana semasa berada di sebuah market terkenal iaitu Camden Market, London. 

Khairul Aming berjalan-jalan dan mencari makanan dan menunjukkan beberapa tempat makan atau stall yang ada di sana. 

Sudah tentu ramai yang teruja melihat suasana di sana, terutama yang masih belum pergi. 

Khairul Aming, yang terkenal dengan video masakan, telah menunjukkan pelbagai makanan berstatus halal di Camden Market. Turut ada ialah makanan dari Arab, dari Malaysia, Indonesia, India dan juga Mexico. 

Betapa friendly nya sikap Khairul Aming ini ketika membeli makanan membuatkan penonton teruja. 

Ada satu kedai tu, penjual siap belanja Khairul Aming churos kerana begitu peramah dan melayannya. 

16k viewers tengok Khairul Aming

Terdapat juga kedai yang menjadi tumpuan netizen Malaysia setelah di promote oleh Khairul Aming. 

Selain itu, rakyat Malaysia yang berada di Camden Market, termasuk para pelajar, juga tak melepaskan pelung untuk bertegur sapa dengan Khairul Aming ketika di sana. 

Mereka berborak dan mengambil selfie bersama-sama. Khairul Aming dilihat amat ramah dan bergambar bersama. 

Student bertegur sapa dengan Khairul Aming

Di malam harinya, Khairul Aming juga bertemu dengan pemuzik AG Coco dan keluarganya dan makan bersama. 

Jumpa AG Coco

Khairul Aming selepas ini akan bertolak ke kota Paris di Perancis pula, mesti ramai yang tak sabar nak tengok live Khairul Aming di Paris, kena tengok Instagram Khairul Aming ye. 

Itulah dia penangan Khairul Aming, memang semua orang suka, kerana ramai yang mellihat pemuda ini sebagai seorang yang amat rendah diri dan membuat content yang amat bagus, layak diangkat sebagai ikon.