Fathia akui buat muka

Fathia akui buat muka, ada tatu di tangan

524 views

Pelakon Fathia Latiff akui dirinya ada melakukan procedure di bahagian wajahnya untuk kelihatan lebih cantik. 

Ianya dilakukan kerana Fathia berasa kurang yakin dengan penampilannya yang dilabelnya sebagai agak cengkung. 

Ada beberapa procedure yang dilakukan oleh Fathia antaranya ialah rawatan botox di muka dan mata serta procedure filler di bahagian bibir. 

FATHIA AKUI BUAT MUKA 

Ini kenyataan dari pelakon berumur 37 tahun ini tentang wajahnya.  

“Sebelum ni memang saya rasa tak yakin dengan diri sendiri. Dulunya saya cengkung sebab terlalu kurus.”

“Saya tak faham mengapa orang kata saya cantik dulu.” 

“Kini saya buat filler, botox. Dulu ketika masih muda, muka tegang lagi. Saya rasa dulu saya cengkung, memang tak faham kenapa orang kata saya cantik sebelum ni.” 

Jelasnya lagi, procedure sebegini memang sesuatu yang normal, malah dia pun tak kisah dan tak hirau segala komen kurang baik yang diberikan kepadanya. 

“Bagi saya, benda ni sekarang dah normal. Saya tidak kisah apa orang cakap. Yang saya kisah ialah apa yang mak saya cakap saja.” 

“Kalau mak saya nasihat barulah saya akan mendengarnya.”  

“Mak dah suruh berhenti, tetapi saya ada pujuk dia juga.” 

Dalam pada itu, Fathia berkata lagi, dia ada mission yang baru, iaitu untuk menurunkan berat badannya. 

“Sekarang ini saya kena kurus. Ada yang nak menaja saya untuk buat bariatrik, tetapi saya masih fikir lagi.” 

“Sekarang saya ada buat rawatan ozempik untuk kurus dan melakukan aktiviti senaman.” 

Itulah kenyataan Fathia akui buat muka. 

FATHIA AKUI ADA TATU 

Selain itu, Fathia Latiff juga akui dia mempunyai tatu di tangan kirinya. 

Ianya ditulis dengan ayat Angel On Earth. 

Katanya, ianya dilaakukan secara tak sengaja semasa dirinya tertekan.  

“Saya buat tu semasa saya dalam keadaan tertekan, kira-kira dua tahun lepas, semasa fasa saya tertekan.” 

“Masa tu tak fikir apa-apa, pakai buat saja. Tulis Angle On Earth.”  

“Parents saya marah, tetapi tidak terlalu teruk sangat kerana mereka pun khuatir saya akan bertambah tertekan dan buat banyak perkara pelik-pelik lain.” 

“Mereka minta saya buang, cuma sekarang ini tiada masa nak buang lagi. Tengah tunggu masa yang sesuai.” 

Fathia berkata dia akan berhati hati dan sentiasa menutup tulisan di tangannya itu.

JUMPA DOKTOR, RAWAT MASALAH TEKANAN 

Sebelum ini, semua tahu bahawa Fathia ada masalah, BACA DI SINI. Fathia Latiff menyatakan dirinya kini sudah lebih tenang. 

Ini kerana dia sudah pun jalani rawatan dan berjumpa doktor.  

“Saya ada masalah tekanan yang teruk. Perlu jumpa doktor dua minggu sekali. Sekarang dah dua tahun saya jalani rawatan.”  

“Kini lebih tenang dan dah boleh kerja.”  

“Selepas apa yang berlaku sebelum ini, hubungan dengan keluarga lebih akrab.” 

Fathia juga sedah kembali berbaik dengan keluarganya.  

“Lepas macam-macam yang terjadi, sekarang hubungan dengan family semakin akrab.” 

“Saya ketika ini tinggal bersama mereka dan selalu keluar sama-sama.” 

KERJAYA FATHIA LATIFF  

Tahun 2024 ini, fathia kembali ada keyakinan diri dan sudah kembali bekerja. 

Fathia juga mula buat comeback dalam dunia seni. 

Ada dua karya lakonan Fathia akan muncul iaitu drama Jangan Tinggal Abang Dik dan juga drama Cinderella Jadian. 

Fathia berterima kasih kepada Erma Fatima kerana mempercayainya dan menawarkannya job lakonan. 

“Saya harap semua produser dan pengarah memaafkan saya. Sekarang saya lebih berdisiplin.” 

Itulah perkembangan terkini Fathia Latiff.