Punca Abang Tesla nak saman Kieda Crepe

176 views

Pempengaruh atau influencer terkenal tanah air, Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam, 30 tahun, dilihat telah muatnaik satu hantaran di Ig story miliknya semalam, yang mana dia menyatakan mahu menyaman seorang lagi influencer terkenal iaitu Kieda Crepe. 

Apa sebenarnya yang terjadi, apa punca Abang Tesla nak saman Kieda Crepe, mari baca kisah mereka berdua ini. 

HANTARAN IG STORY DARI KIEDA CREPE

Semuanya bermula melalui satu hantaran dari Kieda, yang mana ahli perniagaan yang terkenal dengan makanan pencuci mulut ini, ada menulis memberi sokongan terhadao isteri pertama Abang Tesla iaitu Nur Majdina. 

Kata Kieda, dia menangis apabila isteri pertma Abang Tesla itu alami keguguran. 

Yang membuat Abang Tesla berang ialah kenyataan dari Kieda yang mana mendakw Abang Tesla tidak memberi sokongan moral kepada Nur Majdina apabila isterinya itu keguguran. 

Kieda yang turut pernah alami keguguran, berkata, berbeza dengan dirinya, suaminya memang beri sokongan kepadanya, namun itu tidak terjadi kepada Nur Majdina, yang mana dikatakan Abang Tesla sibuk dengan isteri keduanya. 

Ini yang ditulis oleh Kieda. 

“Kali ini, Kieda nak nangis sebab kau Maj, kau pertahan segalanya tapi orang tak nampak usaha.” 

“Nurmajdina, saya gugur dulu suami saya support, tapi kau gugur, kau hanya kawal mental health seorang diri. Sedangkan suami kau tu sibuk layan isteri kedua yang melahirkan anak.” 

“Kau pun boleh je beri anak tetapi orang buat kau macam tiada perasaan. Kau tu pertahankan tin kosong. Tak suka la macam ni.” 

PUNCA ABANG TESLA NAK SAMAN

Oleh kerana itu, ini pula respon dari Abang Tesla yang mahu saman Kieda. 

“Jangan nak jadi konon terpaling suami awak yang jaga.” 

“Saya pun jaga Kak Maj, isteri pertama. Saya akan saman awak.” 

“Awak boleh tanya dia sendiri, boleh tanya pihak hospital. Saya ada je dengan dia, tapi tak pernah pun nak buat content video.” 

Itulah punca Abang Tesla nak saman Kieda Crepe.

RESPON BALAS KIEDA CREPE  

Tak lama selepas itu, Kieda ada membuat satu lagi kenyataan baru. 

Katanya dia dan juga keluarga Abang Tesla baik-baik saja, dan hal ini sudah selesai. 

“Kieda dengan Abang Tesla dan juga Maj baik-baik saja. Tak ada dah nak saman menyaman.” 

Itulah kisahnya yang melibatkan Abang Tesla dan juga Kieda Crepe.