Sound penyanyi meludah, Datuk Awie pula kena perli “Janji tak memukul isteri”

547 views

Sebelum ini vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie ada menegur seorang penyanyi lain yang telah bertindak luar kawalan dengan meludah ke arah penonton semasa berata di atas stage. 

Hal ini mendapat reaksi yang kurang baik dari kalangan peminat muzik di Malaysia. 

Datuk Awie juga mempersoalkan bahawa individu yang buat sebegitu sama ada penyanyi atau pun beruk. 

Pelakon filem Sembilu ini juga meminta penyanyi untuk tidak terlalu terikut budaya barat dan jangan bawa isu peribadi semasa membuat persembahan. 

Setelah kenyataan Awie ini keluar, ramai orang di luar sana yang setuju dengannya kerana rakyat Malaysia mempunyai adat serta agam yang perlu di jaga. 

Akan tetapi, dalam ramai yang setuju tu, ada juga yang tidak suka dengan kenyataan Datuk Awie itu. 

Malah individu berkenaan cuba memburukkan reputasi Datuk Awie dengan kisah silam yang pernah dilaluinya. 

Isu yang dinaikkan oleh individu berkenaan ialah kes yang melibatkan Datuk Awie dengan bekas isterinya sebelum ini. 

Ada satu kes besar yang pernah melanda Datuk Aiwe dan kes ini juga pernah jadi kes polis dan naik mahkamah. 

Ini komen dari individu tersebut tentang Datuk Awie. 

Komen yang amat sentap ini dutulis oleh seorang individu di Twitter setelah terbca asatu laporan tentang kenyataan Awie di satu portal hiburan. 

Namun begitu, komen berkenaan terus saja dipadam, setelah orang ramai tak setuju dengan komen tersebut apatah lagi ianya satu hal peribadi. 

Malahan Datuk Awie tidak pernah buat hal atau melakukan perbuatan tak elok di public secara terbuka di atas pentas. 

Bagi orang ramai, apa yang diperkatakan oleh Datuk Awie itu merupakan satu nasihat ketika menaynyi di atas pentas dan tak perlulah nak kaitkan dengan isu peribadi pula.