Makin kelakar, Datuk Syafinaz semakin masuk air di GV, ramai terhibur dengan telatahnya

1,708 views

Salah seorang juri di pentas Gegar Vaganza ialah Datuk Syafinaz Selamat. Di usia 49 tahun, Syafinaz yang masih belum lagi berkahwin dan single, seringkali jadi bahan Nabil Ahmad. 

Namun untuk musim kali ini, Datuk Syafinaz dilihat semakin santai dan dah pandai buat jenaka turut sama berjenaka dengan para pengacara dan juga peserta. 

Jika dulu Tok Ram yang amat serius akhirnya semakin santai dan relax, kali ini giliran Syafinaz pula memperlihatkan sisi lucunya. 

Yang paling ketara ialah pada minggu ke 6 yang berlangsung Ahad lalu, telatah Syafinaz Selamat memang amat lucu apabila beberapa kali dilihat masuk air dan semakin kelakar. 

Tampil dengan rambut mengerbang, ketika diperkenalkan, Syafinaz tak kisah dibahan menjadi seperti hantu dan setuju saja dibahan oleh Nabil sebagai Hantu Kak Limah. 

Kemudian sebaik selesai persembahan Asheed, Syafinaz mahu naik ke pentas nak ajar sebutan, namun rambut tersangkut pula. Akhirnya Asheed siap panggil turun bertemu dan berdepan dengan Syafinaz di tempay duduk juri.  

Suasana dewan gamat melihat adegan Syafinaz cuba memperbetulkan sebutan Asheed, menyebut sebutan English berbunyi ‘Th’. 

Kemudiannya ketika selesai persembahan Fuad, setelah peserta berkenaan masuk kebelakang, Sayfinaz memanggil semula Fuad untuk keluar. 

Syafinaz kemudian menegur secara berjenaka berkenaan fesyen seluar Fuad yang baginya memperlihatkan kakinya menjadi pendek. 

Memanggil kakinya hanya sebagai 5 inci, Nabil Ahmad terus membahan Syafinaz yang kemudian hanya gelak saja. 

Kemudian ada juga sesi tetamu jemputan iaitu Atu Zero yang hadir dengan rambut mengerbang seperti Syafinaz. 

Nabil berkata mereka berdua bagai adik beradik dan Syafinaz terus saja bergura dengan Atu, kononnya dia adiknya. 

Tak cukup itu, di persembahan terakhir Tomok yang membawa lagu Back Street Boy, Syafinaz bersama Bonda Hetty Koes Endang secara sporting, naik ke atas pentas dan menari bersama Tomok. 

Telatah Datuk Syafinaz yang semakin sporting dan masuk ini ternyata disenangi para penonton, selain seringkali memberikomen yang bernas kepada para peserta.