Dah habis pantang, ini pengumuman tentang Jihan Muse melibatkan GV9

13,531 views

Walaupun ramai yang suka dengan Elly Mazlein sebagai pengacara Gegar Vaganza musim ke sembilan menggantikan Jihan Muse, namun masih ramai juga yang merindui Jihan Muse. 

Sememangnya, Jihan Muse dan Elly Mazlein membawa cara yang amat berbeza dalam mengendalikan pentas Gegar Vaganza. 

Secara bergurau, Nabil Ahmad pun ada berkata beberapa kali bila agaknya Jihan Muse nak habis pantang dan kembali ke pentas Gegar Vaganza. 

Semuanya gara-gara Elly Mazlein yang terlalu aktif dan seringkali buat kelakar yang sungguh energetik semasa mengacara. 

Sebenarnya, Jihan Muse disahkan dah pun habis berpantang 44 hari sebaik saja bersalin anak keduanya pada bulan September yang lalu. 

Namun begitu, pihak pengurusan kepada Jihan Muse iaitu Laugh Out Loud mengesahkan bahawa buat masa sekarang ni Jihan Muse memilih untuk berehat dari dunia seni. 

Jihan mahu fokus kepada keluarganya apatah lagi mempunyai anak kecil yang baru berumur sebulan lebih. Dengan ini Jihan tidak akan aktif mahupun terlibat dengan GV9, biarlah Jihan berehat sepenuhnya.

Pihak Laugh Out Loud Entertainment, bernama Afiq memaklumkan bahawa Jihan Muse akan berehat buat masa sekarang ini. 

“Perkara paling utama untuk Jihan buat adalah keputusan untuk dia tidak bersama-sama dalam rancangan Gegar Vaganza musim ke 9 ini sebab dirinya yang masih sarat mengandung dan sedang tunggu masa untuk bersalin semasa minggu pertama GV9.”  

“Dan buat masa sekarang ni, Jihan masih lagi mahu berehat sepenuhnya dan memberi tumpuan kepada keluarga serta baby baru yang juga kedua yang baru lahir.” 

Afiq berkata Jihan Muse sentiasa menonton GV9 setiap minggu dan memuji cara Elly Mazlein menjadi pengacara untuk musim ini. 

“Kak Lina berjaya meletakkan GV9 sebagai rancangan tv yang sentiasa saya jadi trending. Jihan amat bersyukur sebab penerimaan penonton masih lagi tinggi untuk tahun ini.” 

Itulah kenyataan bagi pihak Jihan Muse yang kini sedang berehat lagi setelah melahirkan anak kedua hasil perkahwinan dengan pelakon Ungku Hariz.