“Dia memang tinggal sendirian di Johor” ~ Family Syazlin Zainal pun tertanya-tanya

6,638 views

Satu kisah yang buat ramai terkesima ialah tentang pemergian seorang pelakon baru bernama Syazlin Zainal, yang menghembuskan nafas terakhir di usia yang amat muda, baru 26 tahun umurnya. 

Yang menjadi perhatian ialah cara pemergian Syazlin Zainal yang mana pihak berkuasa telah mengesahkan bahawa Syazlin terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Johor. 

Menjadi tular tentang kisah ini, abang kepada Syazlin Zainal membuat kenyataan semasa pengebumian arwah adiknya itu. 

Abang sulung Syazlin Zainal, Ezra memberitahu, ada sesuatu yang pelik dilakukan oleh adiknya itu. 

Hal berkenaan ialah buat kali pertamanya, Syazlin telah membuat ucapan hari lahir kepadanya di laman Instagram kerana sebelum ini memang Syazlin tidak ada muatnaik tentang family di laman media sosial. 

“Sejak dia jadi selebriti, arwah amat jaga privasi kami satu family dan tidak pernah memuat naik apa-apa gambar kami pun sebelum ini di laman media sosialnya.” 

“Namun ketika hari klhir saya pada 8 November lalu, itu pertama kali dia post di laman media. Memang tidak disangka itu menjadi petanda dia akan pergi selamanya.”  

Ezra berkata, dia dan family ada plan nak sambut birthday Syazlin pada 14 November ini dan pelakon berkenaan patut pulang ke Kuala Lumpur pada Khamis lepas.   

“Dia ada kata nak sambut birthday kami sama-sama dan sepatutnya datang ke Kuala Lumpur semalam tapi tak kesampaian pula.” 

Ezra berkata, adiknya ke Johor atas urusan kerja untuk jalani penggambaran.  

“Masa diberitahu kejadian itu, saya sedang berkerja. Tahu saja Syazlin sudah tak ada, terus saja saya bergegas ke Johor dan pergi ke balai polis untuk dapat info lanjut.” 

Sepengetahuan Ezra, Syazlin Zainal duduk di pangsapuri itu seorang diri dan selalu berpindah kerana lokasi penggambaran.  

“Dia tinggal bersendirian di Johor Bahru namun memang kami pun tak tahu lokasi sebenar rumahnya sebab dia selalu berpindah.” 

Jelas Ezra dia sebenanrya turut buntu untuk mengetahui apa puncanya.  

Sementara itu, sepupu Syazlin, Nor Shida mengakui bahawa, semua ahli keluarga memang sama tertanya-tanya punca sebenar yang terjadi.  

“Bila kami tahu pemergiannya, saya dan family terperanjat malah sampai sekarang dalam keadaan tak percaya hal ini. Kami pun tak ada jawapan kenapa hal ini boleh terjadi.” 

“Macam mana hal berkenaan terjadi, itu persoalan yang jadi tanda tanya semua family kami, sebenanry kami pun tak tahu dan hal ini dalam siasatan.” 

Nor Shida sebagai sepupu menyifatkan Syazlin Zainal ini sebagai gadis yang amat ceria. 

“Dia ni seorang yang tak banyak cakap namun memang selalu saja sentiasa ceria. Memang tak nampak macam dia ada sebarang isu pun kerana dia selalu nampak gembira.” 

“Last jumpa dengannya ialah semasa sambutan hari raya yang lepas.” 

 Itulah kenyataan dari abang dan juga sepupu kepada Syazlin Zainal, sama-sama kita doakan buat arwah Syazlin Zainal.