Keadaan terkini Roslan Salleh, kini disahkan buta penglihatan.. Sama-sama kita doakan

911 views

Pelakon veteran, Roslan Salleh kini disahkan telah hilang penglihatannya iaitu buta, dan hal ini diceritakan oleh rakan artis iaitu pelakon Anne Abdullah. 

Anne Abdullah bersama beberapa rakan pelakon telah datang melawat Roslan Salleh di kediamannya yang terletak di Masjid Tanah, Melaka. 

Antara rakan pelakon lain ialah pelakon veteran Fauziah Nawi dan juga Liza Abdullah. 

Semasa kehadiran rakan-rakan pelakon, Anne bercerita baahwa Roslan Shah amat gembira dan bersemangat. 

Roslan juga menunjukkan perkembangan yang positif seperti sudah berselera untuk menjamu selera. 

Ini kenyataan dari Anne Abdullah. 

“Syukur sangat, aAlhamdulillah, saya nampak keadaannya jadi semakin baik. Abang Lan sudah boleh duduk dan dia pun dah berselera untuk makan.” 

“Sungguhpun penglihatannya sudah tiada lagi, namun Abang Lan masih kenal dengan kami yang datang untuk menziarahinya.” 

Anne juga berharap lebih ramai lagi rakan arti syang akan hadir melawat Roslan Salleh kerana pelakon berkenaan amat gembira setelah mengetahui rakan hadir melawatnya. 

“Walaupun kami ni semua sibuk dengan urusan kerja kami, kami dah pun cuba luangkan masa berjumpa dengannya. Diharapkan selepas ini ada rakan-rakan selebriti lain turut datang untuk jenguk Abang Lan.” 

Tentang keadaan Roslan Salleh yang kini dah buta, Anne Abdullah menjelaskan ianya bukan kerana masalah kencing manis yang dihidapi oleh Roslan Salleh. 

Sebaliknya, Roslan mengadu selalu sangat sakit kepala yang tak tertanggung. Dek kerana itu, doktor membuat keputusan untuk mematikan saraf di bahagian matanya untuk menghilangkan sakit kepala yang kronik itu. 

“Penglihatannya terjejas namun selepas buat pembedahan, Abang Lan kini dah tak lagi ada sakit kepala kronik.” 

Anne berkata orang ramai boleh menolong Roslan Salleh dengan membeli produk jualannya. 

“Kemungkinan masih lagi ramai yang tak tahu bahawa perniagaan jualan sambal hitam dan daging dendeng yang diusahakan oleh Roslan Salleh masih lagi ada dijual.” 

“Dulu pun, semasa Abang Lan sihat dia memag rajin berniaga sama-sama dengan kami. Rakan-rakan selebriti pun kini ada membelinya sebagai tanda sokongan dan membantu mana yang termampu.” 

Itulah keadaan terkini Roslan Salleh, pelakon veteran yang seringkali mewarnai drama Melayu, sama-sama kita doakan agar sentiasa baik saja keadaan Roslan Salleh.