“I know the truth” Mas Khan komen tentang pemergian Syazlin Zainal

9,035 views

“Saya tahu hal sebenar” Itulah antara ayat yang ditulis oleh pelakon Mas Khan tentang pemergian rakan artis Syazlin Zainal. 

Pemergian Syazlin Zainal memang menjadi tanda tanya orang ramai, kerana pelakon berumur 26 tahun ini terjatuh dari tingkat 22 di Johor. 

Oleh kerana itu, ramai yang membuat andaian sendiri tentang bagaimana Syazlin Zainal boleh terjatuh. 

Menerusi satu entry di IG story, Mas Khan antara rakan pelakon yang hadir ke pengebumian Syazlin Zainal di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2. 

Mas Khan dilihat ada muatnaik gambar ketika berada di tanah perkuburan berkenaan. 

Pelakon berumur 28 tahun ini menulis dan meminta orang ramai tak buat sebarang andaian tentang pemergian Syazlin. 

Jelasnya lagi, dia sebenarnya tahu apa yang berlaku tentang kes ini dan meminta semua mendoakan buat arwah. 

“I know the truth. Harap semua dapat doa yang baik-baik kepada arwah.” 

Mas Khan juga meminta semua agar sentiasa ambil berat dengan insan yang berada di sekeliling. 

“Tetapi tolonglah kena ambil berat dengan orang yang berada di sekeliling anda. Sokongan itu memang teramat penting.” 

Selain itu, Mas Khan juga menyatakan rasa kecemburuan kerana melihat begitu ramai yang hadir ketika pengebumian Syazlin Zainal. 

“Ramai yang hantar Alin, cemburu melihatnya, semua sayang pada Alin. Rehat dengan tenang okey.” 

Ini penulisan penuh dari Mas Khan. 

Itulah sedikit komen dan juga kenyataan dari pelakon Mas Khan tentang pemergian Syazlin Zainal. 

Sebelum ini, abang sulung ada menyatakan Syazlin Zainal tinggal secara sendirian di Johor Bahru atas urusan menjalani penggambaran. 

Pemergian Syazlin Zainal turut membuatkan pihak keluarga tertanya tanya, kerana mereka juga tidak tahu apa yang menjadi penyebab Syazlin Zainal terjatuh dari tingkat 22.