Ini satu lagi cerita tentang pelakon bernama Mas Khan. Sedang aktif sebagai trader, Mas Khan telah membuka soalan kepada para pengikutnya.
Menerusi satu soalan, ada yang bertanya kepadanya perbe;anjaan hariannya.
Dan yang amat mengejutkan, Mas Khan akhirnya telah pun mendedahkan jumlah perbelanjaannya untuk sekitar setengah bulan November pada tahun ini.
Menjawab persoalan seorang pengikut, Mas Khan telah muatnaik sekeping foto menunjukkan anggaran jumlah perbelanjaan harian menerusi satu aplikasi.
Dari foto itu, Mas Khan sudah berbelanja lebih kurang 106 ribu Ringgit dalam bulan November ini.
“Daily expenses, boleh beri anggaran” Tanya seorang netizen.
Kemudiannya Mas Khan terus saja menjawab, “Hari ini tarikh 16 November, jadi dalam lebih kurang belanja RM6600 untuk sehari.”
Ini fotonya seperti yang dilaporkan portal Xtra.
Memang banyak betul perbelanjaan oleh Mas Khan ini, dah berbelanja 100 ribu dalam setengah bulan saja.
Jika dilihat di laman Instagram miliknya, Mas Khan memang sering saja muatnaik beberapa asetnya, antara yang ketara ialah barangan branded serta kereta mewah.
Malah, ada beberapa keping foto di mana Mas Khan bergambar dengan kereta miliknya iaitu kereta mewah jenis Porsche Cayman berwarna kelabu.
Ada satu posting yang mana Mas Khan menunjukkan bukti bahawa dia memang pemilik kereta berkenaan dengan menunjukkan dokumen pemilik kereta tersebut.
Memang tak dapat dinafikan Mas Khan berjaya dalam kerjayanya sebagai pelakon dan juga trader.
Hal ini juga ditambah lagi dengan status Mas Khan sendiri yang hadir dari keluarga yang berada, malah mempunyai resort sendiri di Melaka iaitu Masbro Village.
Masbro Village ini memang terkenal di Melaka, kerana menampilkan bentuk bilik yang amat unik serta mempunyai swimming pool yang amat disukai kanak-kanak, sesuai untuk percutian sekeluarga.
Apapun semoga sukses selalu buat Mas Khan, berjaya terus.