Pemilik katering dedah Shuib Sepahtu dah tempah untuk majlis, mahu kahwini Watie

3,515 views

Tak ada angin tiada ribut, tiba-tiba ada ura-ura yang mengatakan selebriti serta ahli perniagaan, Shuib Sepahtu dikatakan nak mendirikan rumah tangga dengan wanita bernama Watie. 

Hal ini mula diperkatakan setelah rakannya, Ajak dari kumpulan Shiro menceritakan hal ini kepada Shuib. 

Ajak berkata, dia ada terserempak dengan seorang pemilik katering, yang mana telah mendakwa bahawa Shuib ada menempah untuk katering sempena hari perkahwinannya tahun depan. 

Melalui laporan dari Harian Metro, Shuib telah ditanya tentang hal ini, betulkah dah nak kahwin. 

Shuib sebenarnya memang terkejut apabila dapat tahu cerita dari Ajak itu. Memang benar, Shuib pun akui, Ajak ada bertanya kepadanya tentang hal itu. 

“Lima hari lepas, Ajak memang ada tanya pada saya, betul kah saya akan berkahwin hujung tahun ini. Semasa dia tanya soalan itu, saya memang terpinga-pinga sebab tak faham.” 

“Ajak cakap, dia terserempak dengan seorang pemilik katering yang mendakwa Shuib dah buat tempahan makanan untuk majlis perkahwinan. 

“Malahan pemilik katering itu pun siap ada bagi tahu berapa jumlah tetamu yang akan hadir di majlis itu.” 

Shuib kemudian menjawab, jika dia ada berita baik, Ajak Shiro antara rakan terawal yang akan tahu. 

“Saya ada cakap kat Ajak, jikalau bakal berkahwin, dah tentu Ajak antara individu terawal yang akan dimaklumkan. Malahan semasa saya mula kenal dengan Watie, Ajak antara orang pertama yang saya ceritakan.” 

“Oleh itu, jikalau ada kata saya dah pergi bincang dengan pemilik katering mahupun tukang buat baju, itu semua memang dusta.”  

“Ada pihak yang buat cerita, dan ianya tak benar pun.” 

Itulah jawapan dari tuan punya badan Shuib tentang hal ini. Kata Shuib lagi masih belum lagi ada perancangan dengan wanita bernama Watie itu. 

“Masih lagi belum ada sebarang plan dan rasanya jauh lagi perjalanan ke arah itu. Ini kerana saya nak memastikan anak-anak dapat menerima kehadirannya dulu.” 

“Dengan perkenalan selama dua hingga tiga bulan belum cukup masak untuk menilai dia. Syukur hubungan kami berjalan lancar. Anak-anak serta family, mak saya pun suka dengan kehadirannya.” 

Itu komen dari Shuib Sepahtu tentang Watie.