“Bila birthday party mak, berduyun datang” Chef Wan kesal sikap adik beradik

3,979 views

Chef selebriti terkenal tanah air iaitu Datuk Chef Wan diketahui sebagai seorang anak yang baik dan sentiasa menjaga ibunya iaitu Noraini atau lebih dikenali dengan nama Cik Ani. 

Di umur ibu Chef Wan ini yang sudah mencecah 90 tahun, Cik Ani kini disahkan mempunyai cancer. 

Keadaan Cik Ani juga dikatakan tidak lagi seperti dulu apatah lagi turut mempunyai dementia. 

Chef Wan akui, untuk menjaga ibu yang dah berumur 90 tahun dan mempunyai dementia, alzheimer dan cancer, memang bukan satu hal yang mudah. 

Ini kerana ibunya sudah tidak berdaya untuk melakukan rutin harian sendiri dan memerlukan bantuan orang lain. 

Sebelum ini pun, Chef Wan ada menggaji nurse untuk melawat mahupun menjaga ibu nya itu. 

“Lepas bagi ibu makan, dia kenalah jalan slow dua atau tiga kali dalam rumah untuk bantu perjalanan darah dan juga otot dia. Dah tentu dia memang tak happy nak kena buat exercise semua tu.” 

“Nak beritahu untuk menjaga seseorang yang berumur 90 tahun dengan pelbagai penyakit ini tak pernah mudah.” 

“Fikiran dia tak macam biasa, untuk buat benda biasa seperti guna sudu pun dah tak mampu. Itulah case ibu saya. Dia hanya tenung saja pinggan tak buat apa.” 

“Kini semuanya kami yang buatkan, termasuk urusan toilet, dia memang dah tak tahu nak buat. Fikiran dia dah tak tahu buat. Ikat kain pun tak reti dah sekarang ni.” 

“Ibu pun dah tak kenal kami semua, tapi apapun syukur dia tak ada dalam sebarang rasa sakit.” 

Namun Chef Wan sedikit terkilan dengan sikap adik beradiknya apabila diminta untuk menjenguk mahu pun menjaga ibunya itu. 

“Saya ada cakap pada adik beradik saya tentang keadaan dia, dan bagi tahu yang mereka patut luang kan masa yang berkualiti dengan ibu.” 

“Tapi semua pun asyik nak tuding jari saja. Macam-macam alasan. Bagi saya suka hati korang lah.” 

“Bila waktu emak punya sambutan hari lahir ada birthday party punya berduyun duyun yang sampai.” 

“Tapi bila waktu macam ni, takkan kita pula nak kena sembah minta datang untuk menziarahi emak itu.” 

“Ludah ke langit kena muka sendiri. Ini pun memang terjadi kat banyak keluarga. Ada yang lagi teruk, mereka semua ni kena wake up.” 

Itulah luahan hati dari Datuk Chef Wan tentang sikap adik beradiknya melibatkan ibunya Cik Ani.