“Macammana nak bincang, You dah block I setahun Mohd Syamsul” Respon Puteri Sarah

12,341 views

Rentetan video pengakuan Syamsul Yusof bahawa dia kini sudah bernikah dengan Ira Kazar, Puteri Sarah Liyana akhirnya telah memberi responnya. 

Satu video di muatnaik oleh Puteri Sarah Liyana untuk menjawab dan membalas kembali kata-kata dari Syamsul Yusof terutama bab dia keluar dari rumah dan juga meminta untuk berbincang tentang rumah tangganya. 

Tentang mahu berbincang, jelas Puteri Sarah Liyana, macam mana mahu berbincang sekiranya suaminya itu telah setahun lamananya block dirinya. 

“Sarah nak jelaskan tentang video Syamsul itu tadi. Sarah nak jawab beberapa soalan tentang video tadi, nak perbetulkan beberapa fakta dari pihak Mohd Syamsul.” 

“Pertamanya nak ucap tahniah akhirnya mengaku juga setelah diasak, tapi pelik juga beberapa hari lalu, tak mengaku kahwin, sampai nak saman Jawi.” 

“Nak jawab soalan pertama, tentang balik untuk bincang. Memang pelik, setelah empat tahun hal ini berlaku, saya bagi peluang nak bercakap tapi awak tak ada cakap pun.” 

Puteri Sarah mengatakan selama ini, Syamsul Yusof memang menafikan untuk berkahwin dengan Ira Kazar. 

“Selama ni you memang cakap tak nak kahwin dengan perempuan tu kan, cakap kat mak ayah you, cakap kat semua, yang you tak nak kahwin dengan dia.” 

Puteri Sarah kemudian tunjuk bukti bahawa dirinya dah kena block dengan suami sendiri sejak setahun yang lepas. 

“Macam mana saya nak bincang dengan you, sampai sekarang saya dah kena blocked dengan you. Kalau dah unblock, boleh lah bincang, dah setahun.” 

Puteri Sarah kemudian mengatakan dia tinggal bersama ibu bapa mertua iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah serta tinggal di rumah ibu bapa Puteri Sarah. 

Oleh itu, Syamsul Yusof memang tahu di mana keberadaan Puteri Sarah. 

Tentang fakta bahawa Puteri Sarah keluar rumah tanpa izin, Puteri Sarah mengatakan sebelum ini dia pun ada keluar rumah pada tahun 2020 sambil ditemani ibu bapa Syamsul.  

“Pada tahun lepas, you balik pada saya, tapi you kata jangan bagitahu sesiapa, rupanya sebab pihak di sebelah sana.” 

“Kemudian sebelum tu, tahun 2020, masa saya keluar rumah, you pun tahu kenapa. Masa tu ibu bapa you pun ada.” 

“Kenapa masa tu tak cakap jangan keluar rumah, tapi masa tu, saya pun ada salam dengan you kan.” 

Ini video penuh dari Puteri Sarah yang menjawab beberapa soalan berkenaan video dari Syamsul Yusof itu. 

Dalam pada itu Puteri Sarah menegaskan dia dah berbincang dengan lawyer dan akan membawa kes melibatkan Syamsul Yusof serta Ira Kazar ini ke mahkamah, dan berbincang melalui undang-undang.