“Semoga Allah menggantikan ‘ayah’ yang lebih baik untuk cucu saya” Komen Ibu Syamsul Yusof

4,690 views

Kini dah pun sah Syamsul Yusof, 39 tahun, mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar, 29 tahun. 

Pernikahan pasangan ini berlangsung di Thailand dan diwalikan sendiri bapa kepada Ira iaitu pelakon dan penyanyi Kazar Saisi, 63 tahun. 

Jelas Syamsul Yusof, dia berkahwin di negara jiran kerana mahu memudahkan beberapa urusan perkahwinan kedua nya itu. 

Malah Syamsul Yusof ada meminta isteri pertamanya Puteri Sarah untuk pulang dan berbincang ke rumah. 

Apa yang menarik perhatian ialah kata-kata dari Syamsul Yusof yang ada menyatakan Puteri Sarah keluar rumah membawa anak tanpa keizinan darinya. 

Melihat kenyataan yang dikeluarkan ini, Puteri Sarah tak duduk diam dan telah memberi respon balasnya. 

“Kalau anak-anak iaitu Syaikhul dan Sumayyah boleh beri kenyataan kat mahkamah, dorang akan berkata yang ayah yang banyak kali keluar rumah, tinggalkan mama, abang dan juga adik. Bukan kami. Mana ayah selalu tak ada kat rumah.” 

“Syamsul, jangan tunjukkan kebodohan kamu pada saya, jangan guna nama Illahi untuk nampak macam malaikat di mata umum.” 

Memang keras dan lantang respon yang ditulis oleh Puteri Sarah yang bagaikan kecewa kerana Syamsul ada menyebut namanya seakan meninggalkan rumah tanpa izin. 

Melihat komen dari Puteri Sarah, ibu mertuanya yang juga ibu Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah turut memberi respon. 

Kata isteri kepada Datuk Yusof Haslam ini, dia mendoakan agar cucunya iaitu anak kepada Puteru Sarah dan Syamsul akan mendapat ayah yang lebih baik. 

“Semoga Allah akan memberi dan menggantikan ayah yang lebih baik untuk cucu-cucu saya ini.”  

Melihat komen dari Datin Patimah kepada posting Puteri Sarah ini, orang ramai turut merasa sayu dan terasa dengan apa yang dirasakan oleh Datin Patimah di atas kelakuan Syamsul Yusof itu.