"Saya tak redha dan tak menerimanya" Ibu tak restu perkahwinan Syamsul dan Ira Kazar - News Tel

“Saya tak redha dan tak menerimanya” Ibu tak restu perkahwinan Syamsul dan Ira Kazar

4,216 views

Remuk hati seorang ibu apabila mengetahui anaknya melakukan sesuatu di belakang tanpa pengetahuan keluarga apatah lagi berkahwin kali kedua. 

Itulah yang dirasai oleh ibu kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail. 

Melalui laporan Harian Metro, isteri kepada Datuk Yusof Haslam ini ternyata tak merestui perkahwinan kedua Syamsul Yusof itu. 

Ketika ditanya tentang perkahwinan Syamsul Yusof dan Ira Kazar di Tahiland, Datin Patimah mengakui dia baru tahu tentang hal berkenaan. 

Datin Patimah juga secara terbuka mengatakan dia meredhainya malah tak memberi restu. 

“Saya tidak redha dan tak menerimanya.” Itu katanya tentang perkahwinan kedua Syamsul.  

“Berkenaan perkahwinan itu, saya baru dapat tahu tadi selepas diberitahu oleh Syamsul sendiri. Tetapi saya kata tidak reda dan tak mengizinkannya. Namun dia hanya beritahu saya yang dia dah kahwin selepas dia bernikah.” 

Datin Patimah mengimbas kembali bahawa sebelum ini Syamsul Yusof memang seringkali menafikan untuk berkahwin dengan Ira Kazar.  

“Sebelum ini dia memang tidak mengaku. Dia memang menegaskan dan kata dia tak kahwin. Orang buat cerita tak betul katanya. Malahan, semua pun tahu dia mahu saman orang yang buat cerita tu.” 

“Namun begitu, sebaliknya berlaku apabila hari ini dia mengesahkan segalanya-galanya. Sekali lagi nak tegaskan, saya tak izinkan dan tak reda atas kelakuannya itu.” 

“Syamsul, janganlah nak jadi munafiq.” Itu kata-kata dari Datin Patimah. 

Sebelum ini, dia ruangan komen Puteri Sarah Liyana, Datin Patimah ada menulis komen agar cucu-cucunya akan diberi ayah yang baru.  

“Semoga akan digantikan ayah yang lebih baik kepada cucu-cucu saya ini.” Tulis Datin Patimah kepada Puteri Sarah. 

Sebelum ini ramai yang memberi reaksi baik dengan tindakan Datin Patimah yang seringkali memberi sokongan tak berbelah bagi kepada Puteri Sarah Liyana dan kini ternyata tak merestui perkahwinan antara Syamsul Yusof dan juga Ira Kazar. 

Latest from Terkini


“Macammana nak bincang, You dah block I setahun Mohd Syamsul” Respon Puteri Sarah

12,354 views

Rentetan video pengakuan Syamsul Yusof bahawa dia kini sudah bernikah dengan Ira Kazar, Puteri Sarah Liyana akhirnya telah memberi responnya. 

Satu video di muatnaik oleh Puteri Sarah Liyana untuk menjawab dan membalas kembali kata-kata dari Syamsul Yusof terutama bab dia keluar dari rumah dan juga meminta untuk berbincang tentang rumah tangganya. 

Tentang mahu berbincang, jelas Puteri Sarah Liyana, macam mana mahu berbincang sekiranya suaminya itu telah setahun lamananya block dirinya. 

“Sarah nak jelaskan tentang video Syamsul itu tadi. Sarah nak jawab beberapa soalan tentang video tadi, nak perbetulkan beberapa fakta dari pihak Mohd Syamsul.” 

“Pertamanya nak ucap tahniah akhirnya mengaku juga setelah diasak, tapi pelik juga beberapa hari lalu, tak mengaku kahwin, sampai nak saman Jawi.” 

“Nak jawab soalan pertama, tentang balik untuk bincang. Memang pelik, setelah empat tahun hal ini berlaku, saya bagi peluang nak bercakap tapi awak tak ada cakap pun.” 

Puteri Sarah mengatakan selama ini, Syamsul Yusof memang menafikan untuk berkahwin dengan Ira Kazar. 

“Selama ni you memang cakap tak nak kahwin dengan perempuan tu kan, cakap kat mak ayah you, cakap kat semua, yang you tak nak kahwin dengan dia.” 

Puteri Sarah kemudian tunjuk bukti bahawa dirinya dah kena block dengan suami sendiri sejak setahun yang lepas. 

“Macam mana saya nak bincang dengan you, sampai sekarang saya dah kena blocked dengan you. Kalau dah unblock, boleh lah bincang, dah setahun.” 

Puteri Sarah kemudian mengatakan dia tinggal bersama ibu bapa mertua iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah serta tinggal di rumah ibu bapa Puteri Sarah. 

Oleh itu, Syamsul Yusof memang tahu di mana keberadaan Puteri Sarah. 

Tentang fakta bahawa Puteri Sarah keluar rumah tanpa izin, Puteri Sarah mengatakan sebelum ini dia pun ada keluar rumah pada tahun 2020 sambil ditemani ibu bapa Syamsul.  

“Pada tahun lepas, you balik pada saya, tapi you kata jangan bagitahu sesiapa, rupanya sebab pihak di sebelah sana.” 

“Kemudian sebelum tu, tahun 2020, masa saya keluar rumah, you pun tahu kenapa. Masa tu ibu bapa you pun ada.” 

“Kenapa masa tu tak cakap jangan keluar rumah, tapi masa tu, saya pun ada salam dengan you kan.” 

Ini video penuh dari Puteri Sarah yang menjawab beberapa soalan berkenaan video dari Syamsul Yusof itu. 

Dalam pada itu Puteri Sarah menegaskan dia dah berbincang dengan lawyer dan akan membawa kes melibatkan Syamsul Yusof serta Ira Kazar ini ke mahkamah, dan berbincang melalui undang-undang. 

Go to Top