“Mohd Shamsul, saya minta lepaskan saya” Puteri Sarah Liyana minta perpisahan

5,954 views

Hari ini ada perkembangan terbaru tentang isu rumah tangga melibatkan pasangan selebriti Syamsul Yusof dan juga Puteri Sarah Liyana. 

Melalui satu hantaran di laman Instagram, secara terbuka, Puteri Sarah Liyana menegaskan dirinya tak mahu hidup bermadu. 

Malahan Puteri Sarah Liyana telah pun meminta kepada Syamsul Yusof untuk melepaskannya sebagai isteri. 

Jelas Puteri Sarah, dia telah membuat posting berkenaan kerana tidak dapat menghubungi suaminya itu kerana sehingga kini masih lagi kena block. 

Ini posting dari Puteri Sarah Liyana tentang permintaannya mahu berpisah dengan Syamsul Yusof. 

“Kepada Mohd Shamsul Yusof, disebabkan kerana awak masih lagi block saya sampailah sekarang dan tak ada ajak untuk berbincang, saya dengan ini meminta lepaskan diri saya kerana saya tidak rela dimadu.” 

Caption itu ditulis oleh Puteri Sarah Liyana sambil muatnaik gambar dirinya bersama anak-anak. Gambar itu ketika mereka bertiga bercuti di luar negara baru-baru ini. 

Ini foto penuh yang di upload oleh Puteri Sarah Liyana. 

Pelbagai komen dari orang ramai kepada Puteri Sarah yang memintanya untuk terus tabah. 

Ada juga yang amat terkejut bahawa sehingga kini, Syamsul Yusof masih lagi tidak hubungi dan block isteri pertamanya itu. 

Sebelum ini, buat pertama kalinya, Syamsul Yusof telah muatnaik foto gambar bersama Ira Kazar, isteri keduanya di laman media sosial Instagram. 

Selain itu, Syamsul juga telag muatnaik foto bersama Puteri Sarah dan meminta kesemua isteri-isterinya untuk bertenang. 

Kisah antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah terjebak dengan orang ketiga ini dikatakan telah berlaku sejak empat tahun yang lalu, semasa Puteri Sarah sedang hamil anak kedua. 

Orang ketiga berkenaan ialah Ira Kazar yang kini dah pun sah bergelar isteri kedua kepada Syamsul Yusof pada hari Jumaat yang lalu, bernikah di negara jiran, Thailand. 

Ira Kazar meruapkan anak perempuan kepada pelakon dan penyanyi Kazar Saisi.